seismik

Pen Dakwat Magik, Gambar TMJ Dan 8 Lagi Artikel 'Most Reads' Di Seismik Pada 2018

Mari kita 'recap' semula sebelum 2018 melabuhkan tirai.

Cover image via Instagram

1. Model dan pelakon, Haneesya Hanee bangkit dan buktikan cantik tak semestinya putih

Walaupun sering diejek dan dihina kerana berkulit gelap, Haneesya tidak pernah menjadikan perkara itu sebagai batu penghalang untuk dia terus maju ke hadapan. Menurut Haneesya, dia sentiasa rasa cantik dan penuh yakin dengan diri sendiri.

Gadis 18 tahun ini turut menyelar tindakan segelintir masyarakat yang terlalu obses untuk memutihkan kulit sehingga menjadikan orang berkulit gelap berasa rendah diri.

“Our Malay people have to stop thinking that ‘putih’ is cantik. I am Malay and i think i look great in dark skin.”
Haneesya Hanee

Baca artikel penuh di sini.

2. Diet terbaru yang dipanggil Intermittent Fasting (IF) kini semakin popular dan menjadi ikutan orang ramai. Lisa Surihani pun guna cara ini!

IF adalah diet dengan cara mengatur pola makanan. Ibarat seperti berpuasa cuma bezanya ialah ianya hanya dalam tempoh tertentu. Walau bagaimanapun, diet ini membenarkan pengamalnya untuk minum air sepanjang tempoh berpuasa bagi mengelakkan dehidrasi.

Dr. Siti Aniza Basir, pakar dalam bidang pemakanan dan nutrisi mejelaskan bahawa IF adalah cara terbaik untuk beri tubuh badan kita rehat.

"Telah terbukti dalam kajian bahawa puasa adalah diet terbaik. Bukan nak sangkal pasal Paleo diet, Atkins, Mediterranean, dan lain-lain, tapi in my personal opinion, kita ada sunnah. Ikutlah sunnah."
Dr. Siti Aniza Basir

Baca artikel penuh di sini.

3. Buat pertama kalinya tahun ini, Malaysia menyaksikan kerajaan baru yang akan memerintah negara untuk 5 tahun akan datang

Image via beritadaily.com

Pakatan Harapan (PH) berjaya memecahkan monopoli Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun apabila memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pakatan memenangi 104 kerusi Parlimen manakala DAP meraih sembilan kerusi di Sabah dan Sarawak.

Baca keputusan penuh di sini.

4. Adat dan orang Melayu berpisah tiada, sehingga ada sesetengah adat yang dikatakan bertentangan dengan agama Islam namun masih diteruskan

Image via says.com

Adat popular seperti menjirus air menggunakan jug yang diikat dengan kain putih dan menabur bunga serta batu, menghias kubur, mengadakan kenduri arwah setelah 100 hari meninggal dunia, dan lain-lain sebenarnya boleh memesongkan akidah jika kita tidak berhati-hati.

Sejak dari dulu lagi, masyarakat Melayu sememangnya mempunyai kepercayaan tertentu apabila membabitkan soal kematian. Namun, jangan sampai ianya memudaratkan seperti mana yang kita lihat pada hari ini.

Baca artikel penuh di sini.

5. TMJ memuat naik sekeping gambar percutian ketika berada di Argentina pada awal Disember lalu. Namun netizen membongkarkan sebaliknya.

Image via Instagram

Selepas disiasat, netizen membongkarkan bahawa gambar tersebut merupakan milik seorang personaliti Internet terkenal dan penjudi profesional dari USA iaitu Dan Bilzerian.

Dan Bilzerian yang begitu popular dengan gaya hidup mewah telah memuat naik gambar itu pada 17 Ogos 2017. Menarik juga, gambar itu bukan diambil di Argentina tetapi di Pulau Bora Bora di French Polynesia.

"Teh ais memang ada oren kat tepi ke?"
Netizen

Baca artikel penuh di sini.

6. Pesawat komersial Indonesia, Lion Air terhempas ketika dalam perjalanan dari Jakarta menuju ke Pangkal Pinang, Sumatra pada awal pagi 29 Oktober 2018

Image via Bloomberg

Pada jam 6.20 pagi, pesawat JT-610, Lion Air berlepas dari lapangan terbang Jakarta sebelum terputus hubungan pada jam 6.33 pagi.

Juruterbang pesawat tersebut dilaporkan sempat meminta izin untuk berpatah balik sejurus selepas berlepas, mungkin kerana masalah teknikal. Lebih memilukan, kesemua 189 penumpang termasuk krew kapal di dalam pesawat tersebut telah terkorban.

"Pesawat sempat meminta return to base sebelum akhirnya hilang dari radar."
Sindu Rahayu

Baca artikel penuh di sini.

7. Watak Kak Ros dalam animasi Upin & Ipin dijadikan sebagai 'wajah baru' untuk video kartun tidak senonoh di YouTube

Seorang pengguna Facebook, Cikgu Zahran menyedari tentang perkara ini setelah mendapati anaknya menonton kandungan pelik di laman YouTube. Beliau yang sangat terkejut dengan video tersebut mengambil keputusan untuk tidak lagi membenarkan anaknya itu menonton sebarang kandungan dari laman tersebut.

Menurutnya lagi, kebanyakan video tersebut dihasilkan di negara seberang. Malah, hasil kajian kami di YouTube mendapati sehingga kini video tersebut telah ditonton sebanyak lebih 755 ribu tontonan.

"Mungkin ini salah satu agenda jahat sebab Upin Ipin ni terkenal sampai ke sana."
Cikgu Zahran

Baca artikel penuh di sini.

8. Seorang pelajar tingkatan 5 nyaris gagal peperiksaan percubaan SPM BM gara-gara kertas peperiksaannya tiba-tiba jadi kosong. Semuanya angkara sebatang pen!

Pelajar tersebut terkejut apabila diberitahu bahawa kertasnya kosong walhal dia sudah menjawabnya. Maka dia pun terus mencari penyelesaian untuk masalahnya itu.

Rupa-rupanya, dia menggunakan pen jenama Pilot yang dipanggil Friction Ball. Sekiranya dakwatnya terkena haba, serta merta ink yang melekat pada kertas itu akan hilang namun boleh recover semula pada suhu -4 darjah dan ke bawah. Magik!

Baca artikel lucu ini di sini.

9. Cucu Zahid Hamidi dengan lantangnya memberi amaran kepada pihak lawan bahawa dia akan memastikan hidup mereka tidak tenang

Dalam satu klip video yang telah dimuat naik oleh ibunya Nurulhidayah Ahmad Zahid, Sofee yang baru berusia 9 tahun memberitahu pihak lawan datuknya bahawa, "saya akan membuatkan anda menyesali hidup anda dan saya akan memastikan hidup anda tidak akan aman."

Dalam klip berdurasi 28 saat itu, kelihatan ibunya melatih anaknya itu untuk memberikan ucapan berunsur 'ugutan' bagi memberikan sokongan padu buat Zahid Hamidi selepas dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta apabila ditahan dengan 45 jenis pertuduhan.

Klip video itu bagaimanapun telah dipadam. Baca artikel penuh di sini.

10. Ibu kepada anak kecil yang didakwa telah kencing di atas kerusi tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) tampil memberi kenyataan demi membersihkan nama keluarganya yang telah difitnah, dimaki dan dihina

Wanita tersebut, Norasikin Samsudin menolak dakwaan membuka seluar anaknya dan menyuruh anaknya itu kencing di atas kerusi tren. Dia turut menyatakan bahawa walaupun kedua-dua anaknya itu tidak memakai pampers, mereka telah pun disuruh untuk membuang air kecil sebelum naik KTM.

Malang tak berbau, anaknya yang kecil itu terasa ingin kencing ketika mereka sekeluarga berada di dalam tren. Akibat tidak mampu menahan, air kencing itu terlepas juga.

"Kisah anak saya sudah diviralkan oleh seorang cikgu yang tak layak jadi cikgu dan memalukan saya."
Norasikin Samsudin

Baca artikel penuh di sini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga yang ini!

You may be interested in: