seismik

Apa Yang Diramal Oleh Penganalisis Dan Ahli Politik Tentang Azmin Ali Sebagai MB Selangor?

Adakah ini menandakan berakhirnya kemelut politik PR di Selangor?

Cover image via bharian.com.my

Menurut Ketua Institute For Democracy And Economic Affairs (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan, PKR Gagal Dalam Rancangan "Langkah Kajang" Mereka Yang Sebenarnya Ingin Meletak Datuk Seri Dr Wan Azizah Sebagai MB Selangor

Ketua Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan.

Image via thestar.com.my

“Langkah Kajang” PKR gagal, kata penganalisis yang berpandangan muslihat politik rumit itu sebenarnya ialah untuk menyingkirkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan memastikan musuh politiknya, iaitu Mohamed Azmin Ali tidak mendapat jawatan tertinggi dalam negeri paling kaya tersebut. Bagaimanapun, bukan itu yang terjadi.

themalaysianinsider.com

Sebaliknya, orang nombor dua PKR itu, Azmin, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa yang mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor ke-15.

themalaysianinsider.com

Pelantikan Azmin Juga Adalah Satu Tamparan Hebat Buat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yang Mengidamkan Kerusi Itu Tetapi Terpaksa Melupakan Hasratnya Kerana Tersangkut Dengan Kes Mahkamah

Anwar cuba meletakkan isterinya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan itu, tetapi mendapat tentangan bukan sahaja daripada istana, malah rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) sendiri, iaitu PAS.

blogspot.com

Azmin Ali pada majlis angkat sumpah sempenah pelantikannya sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-15.

Image via blogspot.com

"Langkah Kajang jelas tidak berjaya. Matlamat pertama, iaitu untuk menaikkan Anwar sebagai calon, gagal. Kemudian mereka mahukan Dr Wan Azizah. Juga gagal," kata Wan Saiful.

blogspot.com

Pada masa sama, harapan PKR agar strategi itu dapat meningkatkan sokongan rakyat terhadap parti dan terhadap PR juga "gagal dengan teruknya."

blogspot.com

Bagaimanapun Dakwanya, Dari Segi Demokrasi, Menjadi Satu Kesalahan Bagi Azmin Menerima Jawatan Itu Kerana Dr Wan Azizah Memiliki Sokongan Majoriti 29 Daripada 56 Adun

Datuk Seri Dr Wan Azizah memiliki sokongan majoriti 29 daripada 56 Adun, dan sepatutnya seseorang yang memiliki sokongan majoriti dilantik sebagai menteri besar.

themalaysianinsider.com

Datuk Seri Dr Wan Azizah memiliki sokongan majoriti 29 daripada 56 Adun, dan sepatutnya dilantik sebagai menteri besar.

Image via themalaysianinsider.com

"Saya memang percaya beliau (Dr Wan Azizah) bukan calon terbaik sebagai menteri besar, terutamanya kerana setiap keputusannya akan mengundang kritik dan ketidakpercayaan... dia tidak akan dilihat sebagai seorang menteri besar, tetapi sebagai boneka. Tak kiralah ia benar atau tidak, tetapi itulah persepsinya."

themalaysianinsider.com

"Secara peribadi, saya percaya Azmin boleh jadi calon yang lebih baik tetapi saya masih rasa ia salah dari segi prinsipnya, berdasarkan amalan demokrasi," katanya lagi.

themalaysianinsider.com

Penganalisis Bebas, Khoo Kay Peng Percaya Azmin Akan Meningkat Naik Sebagai Seorang Pemimpin Berkuasa Kerana Sebagai Menteri Besar, Beliau Akan Mempunyai Akses Kepada Sumber Negeri Yang Luas

Penganalisis bebas, Khoo Kay Peng.

Image via freemalaysiatoday.com

"Dia orang politik, dia tahu bagaimana nak bina tapaknya, dia pasti akan menjadi satu ancaman kepada golongan yang anti-Azmin."

themalaysianinsider.com

"Tetapi jika dia bijak, dia akan gunakan pengaruhnya untuk memenangi hati mereka yang membencinya. Dan kalau dia berjaya, dia boleh naik ke puncak dan menjadi pemimpin tertinggi menerajui PKR," katanya Khoo Kay Peng.

themalaysianinsider.com

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa Pula Berpendapat Kekuatan PR Bukan Bergantung Pada Azmin Atau Wan Azizah Tetapi Pada Amalan Nepotisme, Kronisme Dan Rasuah Yang Diamalkan Oleh BN

Pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor yang baru tidak memberi jaminan pergeseran yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) selama ini akan berakhir, kata Datuk Husam Musa.

antarapos.com

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Image via mole.my

Naib presiden PAS itu berkata, kekuatan PR yang sebenar adalah apabila Barisan Nasional (BN) terus mengamalkan budaya rasuah dan kronisme yang terus meresap dalam kepimpinan yang diketuai Datuk Seri Najib Razak itu.

antarapos.com

“PR ni bukan bergantung pada sesiapa (sama ada) Azmin atau Datuk Seri (Dr Wan Azizah Wan Ismail). Ia bergantung pada agenda PR. Selagi BN mengamalkan nepotisme, kronisme, rasuah dan tiada urus tadbir yang baik, PR akan terus kuat. Azmin atau Datin Seri bukan masalah penting,” kata Husam Musa.

antarapos.com

Apa Pula Kata UMNO? Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan Menyifatkan Pelantikan Azmin Sebagai MB Selangor Baru Tetap Tidak Akan Dapat Menyelesaikan Kemelut Politik PKR Di Selangor

Timbalan menteri kewangan itu berkata, Pakatan Rakyat (PR) secara tidak langsung sudah membuktikan mereka sebenarnya tidak menunjukkan kesepakatan yang tinggi dan mendatangkan sebarang faedah kepada rakyat di Selangor.

informasi.my

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Image via themalaysiantimes.com.my

"Saya harap isu politik Selangor ini selesai, namun kita tidak tahu selesai atau tidak sebab ada tiga kem dalam PKR yang merebut calon timbalan presiden sebelum ini iaitu Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution bersama Nurul Izzah Anwar tidak sepakat dengan Azmin."

informasi.my

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula meskipun tidak memegang jawatan tapi masih ada ‎penyokong dalam parti, jadi tidak tahu selesai atau tidak" kata Datuk Ahmad Maslan pada sebuah sidang media.

yahoo.com

Beliau Juga Menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim Apabila Mendakwa Kemelut Di Selangor Adalah Disebabkan Ketamakan Politik ‎Ketua Pembangkang Itu Yang Ingin Melaksanakan "Langkah Kajang"

Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menjadi punca kemelut politik PR di Selangor.

Image via mole.my

"Ini semua kerana Anwar Ibrahim. Segala masalah dicipta di Selangor kerana keserakahan politk beliau."

yahoo.com

"Langkah Kajang tidak patut ada. Ia dicipta oleh Anwar Ibrahim dan orang-orangnya sejak bulan 1‎ dan ini semua membuang masa tenaga, merosakkan negeri kaya raya yang diusahakan BN, pelabur lari, air tidak terurus, hotel, rumpah tumpangan dan pelacuran, jadi apa faedahnya," soal beliau.

informasi.my

Sementara Itu, Azmin Ali Memberi Jaminan Menguruskan Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Dengan Telus Dan Amanah Sejurus Selepas Dilantik Menteri Besar Selangor Yang Baru

Azmin Ali, mendakap ibunya Hajjah Che Tom di Kampung Klang Gate Baru.

Image via themalaysianinsider.com

"Saya berjanji akan menjaga keharmonian rakyat antara pelbagai kaum serta agama dan akan bekerja kuat. Saya juga berjanji akan menggalas tanggungjawab yang diberi dengan amanah dan berintegriti."

yahoo.com

"Setiap sen dana negeri Selangor adalah milik rakyat, dana itu mesti diterjemahkan menerusi program pembangunan untuk rakyat negeri Selangor," kata Azmin sebaik bertemu dengan ibunya.

informasi.my

Beliau Juga Berjanji Untuk Memelihara Keharmonian Rakyat Selangor Yang Terdiri Daripada Pelbagai Agama Dan Kaum

Antara isu dan perkara yang menjadi keutamaan Azmin sebaik saja masuk ke pejabat nanti adalah seperti isu sampah, jalan berlubang, masalah denggi dan keselamatan penduduk Selangor.

yahoo.com

Azmin juga berjanji untuk memelihara keharmonian rakyat Selangor.

Image via blogspot.com

"Saya harap krisis ini dapat selesai segera dan kita hendak maju segera untuk laksanakan tugas dan tanggungjawab bagi memajukan rakyat negeri Selangor."

themalaysianinsider.com

"Tuanku titah supaya saya menjaga keharmonian rakyat Selangor yang berwatak majmuk dan pelbagai kaum. Tuanku juga bertitah tentang isu keselamatan di Selangor supaya ditangani segera supaya rakyat rasa selamat tidak kira di mana berada," katanya.

informasi.my

JUGA DI SAYS: 10 Perkara Mengenai Azmin Ali, Menteri Besar Selangor Yang Ke-15

Dapatkan Butiran Penuh Tentang Krisis Politik Menteri Besar Selangor Di SAYS:

You may be interested in: