Anugerah Juara Lagu 39 Cipta Sejarah Tersendiri, Saiz Pentas Sebesar Dua Gelanggang Futsal
AJL tahun ini turut bergema di media sosial apabila acara ini bersama para finalisnya mendominasi senarai trending dari #1 hingga #7.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) sekali lagi mencipta sejarah sebagai pentas utama yang mengiktiraf karya muzik terbaik di Malaysia
Untuk segi produksi, edisi kali ini tampil lebih megah dengan pelbagai pembaharuan dan cabaran baharu yang disahut, menjadikan setiap persembahan lebih berani, segar, dan penuh keunikan.
Pengurus Projek AJL39, Russell Mark Rodrigues, dalam satu hantaran di media sosial mendedahkan keunikan pentas AJL kali ini yang menampilkan struktur megah sepanjang 120 kaki, sebesar dua gelanggang futsal.
Namun, keistimewaannya bukan hanya terletak pada saiz yang mengagumkan, tetapi juga pada kehebatan teknologi pencahayaan dan visual canggih yang digunakan.
Dengan gabungan elemen ini, pentas AJL39 bukan sekadar latar persembahan, tetapi jiwa yang menghidupkan setiap momen dengan emosi mendalam dan aura prestij yang luar biasa.
Konsep unik memberikan keseimbangan visual yang lebih dinamik
Selain kemegahan pentas, AJL39 turut mencipta satu pengalaman baharu dengan satu inovasi berani, iaitu orkestra ditempatkan di kedua-dua sisi pentas buat julung kalinya, mencetuskan transformasi dalam dimensi persembahan muzik.
Konsep unik ini bukan hanya sekadar memberikan keseimbangan visual yang lebih dinamik, tetapi juga memperkayakan pengalaman audio secara menyeluruh, menghasilkan lapisan bunyi yang lebih mendalam dan imersif.
Ini merupakan satu pendekatan progresif yang memperkukuh kedudukan AJL sebagai pentas muzik paling berprestij di Malaysia.
"Mengemudi acara berprestij ini sebagai Pengurus Projek bukanlah tugas yang mudah. Ia memerlukan keberanian untuk bermimpi besar, ketegasan dalam membuat keputusan, serta kecekalan menghadapi cabaran dengan semangat kerja berpasukan yang jitu.
"Hasilnya, AJL39 bukan sekadar sebuah persembahan, tetapi sebuah manifestasi kreativiti, ketahanan, dan keajaiban muzik yang mampu menyentuh jiwa," Kata Rusell.
Lebih mengujakan, AJL tahun ini turut bergema di media sosial apabila acara ini bersama para finalisnya mendominasi senarai trending dari #1 hingga #7.
Kejayaan ini membuktikan pengaruh luar biasa AJL39 dalam landskap muzik tempatan, sekaligus mengukuhkan statusnya sebagai platform paling berprestij untuk mengiktiraf bakat seni tanah air.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!