seismik

Anjing Selamba Sandar Dekat Tuannya Sambil Tunggu Lampu Hijau Ini Curi Tumpuan Ramai

Nampak behave betul dia duduk situ ya.

Cover image via @wny.x (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kucing dan anjing merupakan haiwan kegemaran ramai

Kecomelan dan tingkah laku haiwan berkenaan yang manja menyebabkan ramai yang menjadikannya sebagai haiwan peliharaan. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki membawa anjing peliharaannya telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

Anjing selamba baring atas motosikal sementara tunggu lampu isyarat

Menerusi video yang dimuat naik oleh @wny.x di TikTok, kelihatan seorang penunggang motosikal dirakam sedang menunggu lampu isyarat hijau di sebuah kawasan jalan raya. 

Namun, apa yang menarik perhatian adalah lelaki tersebut turut membawa anjing peliharaannya bersama-sama atas motosikal berkenaan. Anjing itu dilihat bersandar dengan selesa pada badan pemiliknya. Difahamkan, dia membawanya bersiar-siar menaiki motosikal. 

Di akhir video berkenaan, lelaki itu dilihat perasan dengan kamera yang merakamnya menyebabkan dia tersenyum sambil mencium anjingnya. 

Image via @wny.x (TikTok)

"Mesti tuan dia sayang dia sangat-sangat, besar-besar beruang tu pun tuan dia angkut naik moto" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 759.6K views, 103.6K likes dan 1,581 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut geram dengan kecomelan anjing baka golden retriever itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @wny.x (TikTok)
Image via @wny.x (TikTok)
Image via @wny.x (TikTok)
Image via @wny.x (TikTok)

Nampak selesa betul dia duduk atas motosikal tu ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: