seismik

Anggota Bomba Alami Masalah Padam Kebakaran Rumah, Pili Bomba Rosak Akibat Vandalisme

Bagaimanapun, mereka berjaya mengawal kebakaran dari merebak dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berdekatan.

Cover image via Facebook

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dek kerana keadaan pili rosak akibat perbuatan vandalisme menyebabkan anggota bomba berdepan kesukaran memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Kuala Bekah, Telok Air Tawar baru-baru ini

Dalam video yang tular di media sosial, difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Ia selepas didakwa berlaku susulan terdapat kanak-kanak bermain bunga api dalam sebuah bilik kediaman sebelum berlaku kebakaran.

Menerusi laporan Harian Metro, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, Mohd Faizwan Che Amat berkata, anggota bomba terpaksa mengambil sedikit masa bagi operasi pemadaman berikutan pili berhampiran lokasi kejadian tidak dapat digunakan.

"Apabila tiba didapati keadaan pili bomba berdekatan tempat kejadian rosak akibat perbuatan vandalisme.

"Namun, kita berjaya mengawal kebakaran dari merebak dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berdekatan," katanya.

Image via Facebook

Pihak bomba menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui sama ada punca kejadian angkara bunga api seperti yang didakwa

"Kita tidak pasti (akan dakwaan berkenaan) tapi pegawai penyiasat masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar," katanya.

Tambahnya, kerja 'overhaul' selesai dijalankan sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada jam 3.35 petang tadi.

Seramai 17 anggota bomba termasuk penyelia terbabit dalam operasi pemadaman dengan bantuan BBP Kuala Muda dan Bandar Perda serta PBS Sungai Puyu.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan kejadian kebakaran rumah yang didakwa disebabkan kanak-kanak bermain bunga api.

Lebih menyedihkan apabila terdapat seorang wanita didapati berada dalam keadaan terduduk lemah selepas melihat kediamannya musnah dalam kebakaran, beberapa hari lagi menjelang perayaan Aidilfitri.

Keadaan sebuah rumah di Kampung Kuala Bekah, Telok Air Tawar yang musnah dalam kebakaran.

Image via Harian Metro

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: