seismik

Seri Muka Bakar & 7 Lagi Resipi Kuih Talam Untuk Anda Yang Gemari Kuih Melayu Klasik

Semuanya senang nak dibuat!

Cover image via MyResipi

1. Kuih Tok Aji Serban

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

Bahan A (Lapisan bawah):

  • 2 cawan beras pulut (Rendamkan selama 2 jam)
  • 2½ cawan santan cair
  • ½ sudu teh garam

Bahan B (Lapisan atas):


  • ½ cawan gula pasir
  • ½ cawan gula merah
  • ½ cawan air panas
    (Gula pasir, gula merah dibancuh dengan air panas & ditapis)
  • 1 cawan santan pekat (½ biji kelapa)
  • ½ cawan tepung gandum
  • 3 biji telur
  • ½ sudu teh garam

Cara-cara:

  1. Basuh dan tuskan pulut dan masukkan semua bahan A ke dalam loyang.
  2. Kukuskan sehingga masak.
  3. Lapikkan plastik di dalam loyang bulat yang lain bersaiz 8 inci.
  4. Tekan pulut yang dikukus tadi supaya mampat dan rata. Kukuskan semula.
  5. Bancuhkan semua bahan B dan tapiskan ke dalam mangkuk.
  6. Cakarkan sedikit permukaan pulut dengan garpu dan tuangkan adunan.
  7. Kukus lagi selama 30 minit.
  8. Sejukkan dan sedia dihidangkan.

Sumber resipi: MyResipi

2. Kuih Koleh Kacang

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 1 cawan tepung kacang hijau
  • ½ cawan gula pasir
  • 1 sudu makan gula merah
  • 2 cawan santan pekat (½ biji kelapa)


Bahan B (Serdak minyak):

  • 1 cawan santan pekat (½ biji kelapa)

Cara-cara:

  1. Gaul rata semua bahan A dan tapiskan ke dalam kuali.
  2. Masakkan adunan menggunakan api sederhana sehingga pekat dan berkilat.
  3. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang bersaiz 8 inci x 8 inci yang dilapikkan plastik, kemudian sejukkan.
  4. Tapiskan bahan B ke dalam kuali dan masakkan sehingga pecah minyak dan berwarna coklat.
  5. Taburkan ke atas kuih dan potongkan.
  6. Sedia dihidangkan.

Sumber resipi: MyResipi

3. Kuih Talam Berlauk

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung ubi
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 3 cawan santan
  • ½ sudu teh garam
  • Sedikit minyak (Bagi disapu pada loyang)


Bahan B:

  • ½ ketul keladi (Dipotong dadu)
  • 2 sudu makan udang kering


Bahan C (Hiasan):

  • 2 biji cili merah (Dicencang)
  • ½ cawan bawang goreng
  • 1 pokok daun sup dan daun bawang (Diracik)

Cara-cara:

  1. Panaskan air di dalam pengukus dan sapukan minyak pada loyang 8 inci.
  2. Rebus keladi sehingga lembut dan tuskan.
  3. Campurkan semua bahan A kecuali minyak dan tapiskan ke dalam mangkuk.
  4. Masukkan bahan B ke dalam mangkuk tadi dan gaulkan rata.
  5. Tuangkan adunan perlahan-lahan ke dalam loyang yang sudah diletakkan dalam kukusan.
  6. Kukuskan adunan selama 30 minit.
  7. Sejukkan selama beberapa jam.
  8. Potong kuih dan taburkan bahan hiasan.
  9. Sedia dihidangkan.

Sumber resipi: MyResipi

4. Bingka Gandum

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum (Diayak)
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 biji telur
  • 1½ cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • Sedikit marjerin (Bagi disapu pada loyang)

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 170°C menggunakan api bahagian atas dan bawah.
  2. Gaulkan semua bahan supaya sebati.
  3. Tapiskan ke dalam loyang yang sudah disapukan sedikit marjerin.
  4. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 20 minit.
  5. Bakar lagi menggunakan api bahagian atas sahaja selama 10 minit supaya nampak garing.
  6. Sejukkan dan potong.
  7. Sedia dihidangkan.

Sumber resipi: MyResipi

5. Kuih Kaswi Kelapa

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung kanji ataupun ubi
  • ½ sudu teh kapur kuih
  • ½ biji kelapa parut
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak (Disapu pada loyang)

Bahan B (Air gula):

  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan (Dikoyak dan disimpul)

Cara-cara:

  1. Panaskan air di dalam pengukus.
  2. Ratakan sedikit minyak di dalam loyang bersaiz 7 inci.
  3. Masakkan bahan B di dalam periuk sehingga mendidih, kemudian tapiskan.
  4. Bancuh semua bahan kecuali kelapa parut dan garam, kemudian tapiskan. Tuangkan ke dalam loyang.
  5. Kukuskan selama 30 minit.
  6. Apabila kuih sejuk, potong menggunakan pisau plastik.
  7. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam.
  8. Lumurkan kuih yang dipotong bersama kelapa parut.
  9. Sedia dihidangkan.

Sumber resipi: MyResipi

6. Kuih Lapis

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

  • 1½ cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • ¾ cawan gula
  • 4 cawan santan
  • Pewarna merah
  • ½ sudu teh garam
  • Sedikit minyak (Bagi disapu pada loyang)

Cara-cara:

  1. Gaulkan semua bahan kecuali pewarna dan minyak masak ke dalam mangkuk besar dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  3. Masukkan pewarna merah ke dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal (putih) dalam 1 bahagian lagi.
  4. 4. Panaskan air di dalam periuk kukusan dan sapukan minyak pada loyang bulat bersaiz 7 inci.
  5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan 1 senduk adunan asal (putih) dan kukus semula selama 5 minit.
  7. Lapiskan adunan merah dan asal (putih) berselang-seli sehingga adunan habis.
  8. Sejukkan dan potong.
  9. Sedia dihidangkan.

Sumber resipi: MyResipi

7. Kuih Talam Keladi Berlapis

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

Bahan A (Lapisan bawah):

  • ½ biji keladi (Dibuang kulit dan dipotong dadu)
  • 1½ cawan santan cair
  • ½ cawan tepung beras
  • ½ cawan gula
  • Sedikit garam

Bahan B (Lapisan atas):

  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 sudu makan pes keladi
  • 1 sudu teh pewarna unggu
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Rebus keladi dengan sedikit garam sehingga lembut dan tuskan.
  2. Gaulkan santan dan tepung beras supaya sebati. Tapiskan ke dalam periuk.
  3. Masukkan keladi dan gula ke dalam periuk tadi. Kacau di atas api sekadar naik wap.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 7 inci yang sudah disapukan minyak.
  5. Kukuskan selama 20 minit. Cakarkan permukaan keladi dengan garpu.
  6. Campurkan semua bahan B dan tapiskan ke dalam periuk.
  7. Masak di atas api sederhana sekadar naik wap dan tuangkan di atas
    permukaan keladi yang sudah dicakarkan.
  8. Kukuskan lagi selama 20 minit.
  9. Sejukkan selama beberapa jam dan potongkan.

Sumber resipi: MyResipi

8. Seri Muka Bakar

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

Bahan A (Lapisan bawah):

  • 1 cawan beras pulut (Direndam 3-4 jam dan tuskan)
  • 1 cawan santan cair
  • Sedikit garam


Bahan B (Lapisan atas):

  • 1 cawan santan pekat
  • ½ cawan air
  • 5 helai daun pandan (Dikisar & ditapis)
  • ½ sudu teh pewarna hijau
  • ½ cawan gula pasir
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Masukkan pulut, santan cair, dan garam ke dalam loyang.
  2. Masukkan ke dalam periuk kukusan dan kukuskan sehingga masak.
  3. Sapukan minyak di dalam loyang bulat berukuran 8 inci yang lain.
  4. Tekan pulut yang sudah masak tadi supaya mampat dan rata. Kukuskan
    semula.
  5. Masukkan semua bahan B di dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  6. Tuangkan perlahan-lahan ke atas pulut di dalam loyang tadi.
  7. Kukuskan lagi selama 20 minit.
  8. Keluarkan loyang dari kukusan dan masukkan ke dalam oven. Bakar pada suhu 180ºC menggunakan api atas sahaja selama 20 minit ataupun nampak garing.
  9. Sejukkan dan potong kecil. Hidangkan.

Sumber resipi: MyResipi

Koleksi resipi apa pula yang ingin anda dapatkan?
Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Jangan lupa cuba resipi-resipi ini juga!