seismik

"Anak Siapa Ni?" - PETRONAS Bawa Kisah Tradisi Beraya Yang Penuh Makna!

Tahun ini, jom kita ambil semangat dari filem "Anak Siapa Ni?" dan teruskan tradisi kunjung-mengunjung.

Cover image via PETRONAS

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh PETRONAS.

Bila tiba musim raya, mesti ada masa kita terpaksa pergi beraya ke rumah saudara jauh yang tak pernah kita jumpa

Rasa janggal? Kekok? Persoalan mula bermain di fikiran, macam mana nak bawa diri? Masih relevankah tradisi ini?

Tapi hakikatnya, raya bukan sekadar tentang kuih-muih dan baju baru. Ia tentang hubungan, tentang menghargai mereka yang jarang kita temui.

“Anak Siapa Ni?” adalah kisah tradisi yang semakin dilupakan

Tahun ini, PETRONAS sekali lagi mencuri tumpuan dengan filem raya bertajuk “Anak Siapa Ni?” yang membawa mesej mendalam tentang tradisi kunjung-mengunjung di Hari Raya.

Dalam filem raya kali ini, kita mengikuti perjalanan Rafi, seorang pemuda yang berasa janggal apabila diminta mewakili ibunya untuk beraya di rumah saudara jauh yang tidak pernah dikunjunginya sebelum ini.

Awalnya, dia kekok dan tidak tahu bagaimana untuk berinteraksi, tetapi segalanya berubah apabila dia melihat betapa tuan rumah begitu menghargai kehadiran setiap tetamu yang datang.

Mesejnya mudah tetapi sangat mendalam dan tradisi kunjung-mengunjung ini bukan sekadar adat, tetapi ia adalah ikatan yang menyatukan kita.

Sarat dengan pengajaran & emosi

Anda semua pun mesti boleh relate kan? Ia mengingatkan kita kepada pengalaman sendiri, di mana perasaan janggal bila berjumpa saudara yang tidak dikenali adalah sesuatu yang biasa.

Namun, di sebalik rasa kekok itu, kita belajar betapa pentingnya menghargai hubungan kekeluargaan. Tradisi kunjung-mengunjung mungkin nampak remeh, tetapi ia sebenarnya menghubungkan generasi dan mengukuhkan nilai kekeluargaan.

Teruskan tradisi & eratkan hubungan!

Keseluruhan iklan ini bukan sahaja menyentuh perasaan tetapi juga membuka mata kita tentang makna sebenar Aidilfitri. Kasih sayang dan ingatan tulus yang menjadikan perayaan ini lebih bermakna.

Tahun ini, jom kita ambil semangat dari filem “Anak Siapa Ni?” dan teruskan tradisi kunjung-mengunjung.

Selamat Hari Raya daripada PETRONAS dan jangan lupa tonton filem penuh “Anak Siapa Ni?” di saluran rasmi YouTube PETRONAS di SINI dan hayati mesej yang dibawakan!

Image via PETRONAS

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik