seismik

Anak Perempuan Tommy Thomas Cabar PM Australia, Mahu Bela Nasib Rakyat Palestin

Difahamkan, Hannah Thomas akan bertanding menentang Perdana Menteri, Anthony Albanese di Grayndler pada Pilihan Raya Persekutuan Australia, 3 Mei ini.

Cover image via Hannah Thomas - Greens Candidate for Grayndler (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anak perempuan bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas iaitu Hannah Thomas akan bertanding menentang Perdana Menteri Anthony Albanese di kawasan Grayndler pada Pilihan Raya Persekutuan Australia, 3 Mei ini

Menurut laporan Sinar Harian, Hannah yang merupakan seorang peguam, aktivis dan penulis berkata, latar belakang beliau di Malaysia banyak membentuk pandangan hidupnya. Difahamkan, beliau akan bertanding atas tiket parti The Greens.

"Saya bertuah membesar di Malaysia dalam sebuah keluarga yang mempunyai sejarah panjang memperjuangkan nilai progresif, yang penglibatan politik dan aktivisme sentiasa digalakkan. Jadi, mungkin sudah menjadi ketentuan bahawa saya akhirnya menyertai The Greens setelah Australia menjadi rumah saya.

"Peristiwa yang menjadi pencetus adalah ketika pentadbiran (Tony) Abbott dan menyaksikan kerjasama Liberal-Labor dalam kekejaman terhadap pelarian dan pencari suaka. The Greens adalah satu-satunya parti yang menentang kekejaman dan perkauman itu, dan keadaan itu masih berterusan hingga hari ini," katanya.

Antara sebab utama bertanding di Grayndler dan mencabar Perdana Menteri ialah kekejaman berterusan Israel terhadap Gaza dan rakyatnya

"Pertama, sukar untuk menerima hakikat bahawa pembunuhan beramai-ramai dapat disaksikan secara langsung tanpa tindakan sewajarnya daripada wakil rakyat kawasan berkenaan, iaitu Perdana Menteri sendiri.

"Terdapat sangat sedikit individu di dunia ini yang mempunyai kuasa untuk mengekang mesin perang Israel ketika ia membunuh rakyat Palestin secara beramai-ramai, tetapi ahli parlimen tempatan kita adalah seorang daripadanya. Malangnya, beliau gagal bertindak dan perlu dipertanggungjawabkan," katanya lagi.

Hannah yang merupakan calon termuda antara lima pencabar Albanese berkata, beliau lebih memahami isu-isu yang dihadapi oleh generasi muda, termasuk berkaitan penyewaan, pembelian rumah dan perancangan keluarga.

Menurutnya, walaupun ahli politik kini digesa menggunakan media sosial untuk menarik perhatian pengundi muda, apa yang sepatutnya dilakukan adalah 'menggubal lebih banyak dasar yang benar-benar membantu golongan muda'.

Sebagai rekod, Pilihan Raya Persekutuan 3 Mei ini akan memilih 150 Ahli Parlimen dan 40 daripada 76 ahli Dewan Senat.

Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: