seismik

Anak Luah Rasa Kecewa Bapa Ikut Tabligh 40 Hari Tanpa Tinggalkan Nafkah Untuk Keluarga

Dahulukan tuntutan wajib dulu ya!

Cover image via DARUL ULUM IHYA ULUMUDDIN & Islam Itu Indah

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai seorang ketua keluarga, amanah dan tanggungjawab terhadap ahli keluarga amat dititikberatkan

Ikatan satu perkahwinan yang berlandaskan syariat agama mestilah sentiasa mempunyai sifat toleransi, amanah dan prihatin terhadap ahli keluarga. Keutamaan bertanggungjawab dalam memberi nafkah kepada pasangan dan anak-anak merupakan satu kewajiban bagi seorang suami.

Namun, ada segelintir para lelaki di luar sana yang masih tidak dapat membezakan antara tuntutan wajib atau tuntutan sunat.

Baru-baru ini, tular sebuah tweet di Twitter berkenaan luahan seorang 'anonymous' yang meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap tindakan bapanya itu.


Memberi keperluan nafkah kepada ahli keluarga ialah satu kewajiban yang dituntut dalam agama

Menerusi luahan yang telah dimuatnaik oleh @ConfessTweetMY di Twitter, anonymous tersebut turut menceritakan tentang tindakan bapanya yang meninggalkan keluarga selama 40 hari tanpa memberi nafkah atas tujuan untuk melibatkan diri dalam kumpulan tabligh.

Lebih menyakitkan hati, bapanya itu bukan sahaja tidak memberi nafkah. Malah, tidak mempunyai kerja tetap dan perbelanjaan keluarganya itu ditanggung penuh oleh ibunya.

Anonymous tersebut turut mempersoalkan tentang kewajiban melibatkan diri dalam tabligh melebihi daripada tuntutan nafkah terhadap keluarga. 

Image via @ConfessTweetMY

"Sia-sia je join dakwah tabligh kalau anak bini terabai dan tak diberi nafkah yg wajib" -Netizen

Tinjauan di ruangan reply mendapati rata-rata warganet turut berkongsi rasa marah dan ada segelintir yang menganggap bahawa tidak semua golongan tabligh mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Ketika artikel ini ditulis, luahan anonymous di tweet tersebut telah meraih 4.5K retweets, 604 qoute tweet dan 7.9K likes.

Berikut di bawah merupakan antara reply dan pandangan netizen di Twitter:

Image via @ConfessTweetMY
Image via @ConfessTweetMY
Image via @ConfessTweetMY

Semoga kita semua dijauhkan daripada sikap begini :)

Image via tenor.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

You may be interested in: