seismik

Jangan Malas & Ambil Mudah, Perbuatan Imbasan Suhu Dari Tapak Tangan Sebenarnya Silap!

Ingat ambil suhu dari dahi bukan di tapak tangan.

Cover image via The Star & Astro Awani

Kebelakangan ini ramai yang telah mengambil bacaan suhu badan dengan cara yang salah

Entah dari mana datangnya idea untuk mengambil bacaan suhu badan daripada tapak tangan. Persoalannya, bolehkah mengambil suhu badan di tapak tangan? Adakah ia sama seperti suhu badan kita? 

Jawapannya adalah TIDAK! Tetapi, mengapa?

Suhu yang kita ambil dan catatkan dalam buku mahupun dalam aplikasi sepanjang Covid-19 ini merupakan suhu teras badan.

Image via KKM

Suhu di dahi lebih tepat dari tapak tangan

Suhu di tapak tangan bukanlah suhu yang tepat untuk suhu badan. Suhu pada bahagian tapak tangan mudah dipengaruhi oleh pelbagai aspek.

Menurut laporan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tindakan segelintir masyarakat menggunakan bahagian lain tubuh badan untuk mengimbas suhu tidak digalakkan kerana bacaan suhu itu tidak tepat.

Contohnya, jika seseorang itu memegang benda sejuk seperti bekas minuman, kemudian diperiksa suhu di tapak tangan, pastinya kita akan mendapat bacaan suhu badan yang rendah.

"Penggunaan pengimbas suhu pada bahagian lain tubuh selain dahi adalah diragui bacaannya dan sehubungan itu orang ramai dinasihatkan untuk tidak menggunakannya di tangan atau bahagian lain," katanya.

Setakat ini masih tiada bukti saintifik yang boleh mengatakan penggunaan pengimbas suhu boleh menyebabkan penyakit lain dan bacaan suhu paling tepat adalah di dahi.

Pemilik premis perlu lebih peka dan tegas terhadap pengunjung atau pelanggan

Pemilik premis ataupun majikan perlu memastikan mereka yang ditugaskan mengambil bacaan suhu melaksanakannya dengan betul.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Selangor Journal

Hal ini kerana, ianya bagi mengelakkan mereka yang tidak sihat dan bergejala masuk ke dalam premis tersebut.

Petugas juga perlu memastikan suhu yang diambil adalah suhu daripada dahi dan bukannya dari tapak tangan atau tubuh lain.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: