seismik

Aliff Syukri Calon Diri Nak Jadi Perdana Menteri Ke-9, Komen Netizen Pula Bikin Dekah

Ada-ada je ya datuk ni.

Cover image via @aliffsyukriterlajaklaris (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini negara telah digemparkan dengan berita perletakan jawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perkara itu telah menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai, tambahan lagi dengan keadaan yang sukar dihadapi negara saat ini.

Walaupun situasi sedang tegang, terdapat juga individu yang cuba menghiburkan suasana berkenaan.

Antaranya ialah jutawan kosmetik terkenal iaitu Dato Aliff Syukri yang memuat naik 'borang' di laman Instagramnya bagi mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Cuba calonkan diri mahu jadi Perdana Menteri Ke-9

Menerusi posting tersebut, kelihatan beliau telah berkongsi borang Permohonan Jawatan Perdana Menteri Ke-9 di akaunnya.

Kelihatan beliau telah lengkap mengisi semua maklumat seperti yang diminta di dalam borang berkenaan dengan kapsyen "Kalau ada rezeki tak kemana. Doakan semuanya di permudahkan".

Posting itu telah menarik perhatian para netizen termasuklah ibu kandungnya sendiri selepas melihatnya memuat naik perkara tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 79.9K likes dan 5,786 comments di Instagram

Semoga dipermudahkan segala urusan buat Dato’ Aliff, kalau jadi PM nanti jangan lupa admin ya :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: