seismik

Alamak, Terror, Mat Rempit & 7 Lagi Perkataan Kini Dimasukkan Dalam Kamus Oxford

Dengan penambahan ini, semakin jelas bagaimana bahasa tempatan kita terus memberi impak global.

Cover image via Britannica & Bikes Republic (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Oxford English Dictionary (OED) sekali lagi mengiktiraf pengaruh bahasa Malaysia dan Singapura dengan kemasukan beberapa perkataan baharu dalam kemas kini terbarunya

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Oxford University Press, mereka memberitahu kebanyakan perkataan ini "tidak boleh diterjemahkan", bermakna ia tidak mempunyai padanan langsung dalam bahasa Inggeris tetapi berguna untuk difahami oleh penutur bahasa Inggeris.

Antara penambahan bahasa Malaysia itu terkini termasuk alamak iaitu interjeksi popular yang digunakan untuk menyatakan kejutan, kekecewaan atau rasa terkejut.

Satu lagi perkataan adalah mat rempit, merujuk kepada pelumba motosikal haram yang sering melakukan aksi berbahaya.

Kemas kini itu juga memperkenalkan terror sebagai kata sifat dengan dua makna dalam Bahasa Inggeris Malaysia dan Singapura boleh bermaksud ‘hebat’ atau ‘cemerlang.’

Image via The Guardian

Masakan Malaysia juga termasuk dalam kamus

Beberapa istilah berkaitan makanan juga telah ditambah, seperti nasi lemak, otak-otak, ketupat, dan makanan digemari di kopitiam seperti kaya toast.

Beberapa hidangan Malaysia dengan nama Inggeris, seperti fish head curry dan steamboat.

Sementara itu, perkataan tapau yang bermaksud ‘bungkus makanan untuk dibawa pulang’ juga kini diiktiraf secara rasmi dalam bahasa Inggeris.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Britannica

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: