seismik

Wujud Ke Alam Kuantum Macam Dalam Filem Ant-Man And The Wasp? Biar Sains Yang Jelaskan

Alam kuantum dapat digambarkan sebagai dunia subatomik

Cover image via Vulture

Berikutan kejayaan Avengers: Infinity War, Marvel sekali lagi mengeluarkan filem Ant-Man and The Wasp, dua watak superhero Marvel yang tidak muncul ketika menentang Thanos, dan filem ini akan menjawab persoalan tersebut

Image via Comic Book

Pada dasarnya, filem Antman and The Wasp berkisarkan tentang The Wasp bersama dengan Ant Man dan Hank Pym, mempunyai misi untuk menyelamatkan Janet van Dyne (lakonan Michelle Pfeiffer). Janet merupakan isteri kepada Hank Pym yang tersekat di dalam Quantum Realm iaitu dimensi lain.

Bagi mereka yang sudah menonton filem Antman and The Wasp pasti tertanya-tanya apakah benar wujudnya Alam Kuantum?

Mari kita lihat penjelasan ringkas di bawah:

1. Kuantum adalah unit tenaga yang paling kecil

Image via Fiziklah

Teori kuantum dipelajari dalam salah satu cabang ilmu fizik dan dibincangkan juga dalam kimia untuk pengajian mekanik kuantum.

Kuantum diambil dari perkataan 'kuanta' yang bererti jumlah. Walaupun dalam bidang fizik, kuantum merupakan unit tenaga terkecil.

Kuantum wujud dalam dunia mikroskopik yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti yang ditunjukkan dalam filem Ant Man, di mana terdapat benda-benda hidup dan beberapa benda mati boleh menyusut ke saiz subatomik.

2. Meneliti teori kuantum adalah sama seperti mengenali diri kita sendiri

Image via DailyMail

Semua yang terdapat alam semesta boleh dipelajari melalui teori kuantum. Cabang sains ini mula dibincangkan secara mendalam pada awal 1900-an, sehingga yang paling baru adalah daripada idea hebat Stephen Hawking.

Secara ringkasan, semua yang terdapat di alam ini dibuat dari bahagian kecil yang berinteraksi dan kemudian bergabung untuk membentuk sesuatu yang lebih besar. Teori sains klasik mengatakan bahawa atom adalah bahagian terkecil namun teori kuantum membuktikan bahawa atom masih dapat diuraikan menjadi subatomik.

Seperti diri kita sendiri, ovum yang awalnya disenyawakan oleh sperma kemudian menjadi janin di perut ibu sehingga lahir. Saiz badan tumbuh lebih besar, dan akan terus berkembang dari masa ke masa.

Sebagai set subatomik, setiap objek mempunyai kemungkinan mengecut ke saiz yang lebih kecil.

3. Memahami cara kerja Pym Particle

Image via Superhero Hype

Dalam filem Ant Man yang pertama, Hank Pym telah mencipta satu serum yang boleh mengubah saiz benda hidup. Bukan itu sahaja, serum ini juga boleh menghantar sasarannya ke ruang hampagas atau vakum. Serum tersebut diberi nama Pym Particle.

Ambil contoh tubuh manusia yang mana dari luar boleh kelihatan secara keseluruhan tetapi sebenarnya terdiri daripada banyak atom bebas. Apabila kita berkembang dan berkembang, atom-atom ini tidak pernah berkembang. Mereka kekal dalam saiz asalnya.

Apa yang berlaku? Jarak antara atom bertambah panjang, jadi badan kita berkembang menjadi lebih besar. Pym Particle adalah serum yang berfungsi untuk memotong jarak antara atom, atau bahkan menghilangkan terus jarak itu.

Apabila objek hidup, atau manusia 'dipadatkan' kepada saiz yang sangat kecil, semua undang-undang alam semula jadi di dunia tidak lagi sah. Seperti yang dikatakan oleh Hank Pym dan Janet, teori ruang dan masa dalam alam kuantum dapat menjadikannya 'hilang'.

Disclaimer: Vakum merupakan ruang di mana tidak ada jirim atau di mana tekanannya sangat rendah sehingga mana-mana zarah dalam ruang ini tidak menjejaskan apa-apa proses yang dijalankan di sana. Ia adalah keadaan yang jauh di bawah tekanan atmosfera normal dan diukur dalam unit tekanan (pascal).

4. Adakah dunia kuantum merupakan 'dunia lain'?

Alam kuantum dapat digambarkan sebagai dunia hal-hal subatomik. Di manakah ia? Siapkan imaginasi anda, kami akan membincangkan sesuatu yang paradoks. Bunyi mustahil, tetapi ia masuk akal juga selepas memikirkannya.

Pertama, adakah anda pernah mendengar tentang multiverse? Sesetengah saintis dan ilmuwan beranggapan bahawa alam semesta kita mempunyai banyak aktiviti 'berkembar' selari yang mana pelbagai aktiviti berlaku pada satu masa tanpa kita sedar.

Setiap alam semesta mempunyai realiti yang berbeza. Sekiranya dalam dunia realiti manusia mempunyai 3 dimensi, alam semesta lain boleh mempunyai peraturan yang berbeza. Mungkin dalam bentuk hologram, bayang-bayang, atau lain-lain.

Kenyataan bahawa Marvel menunjukkan dalam 'Ant Man dan The Wasp' adalah sifat kuantum. Kerana jarak pepejal antara sub-atom dalam tubuh manusia, undang-undang ruang dan masa tidak sama dengan dunia sekarang.

Janet, yang berada dalam alam kuantum, boleh berada di tempat yang sama seperti Hank Pym dan Hope namun mereka tidak boleh berkomunikasi secara langsung kerana realiti Janet berbeza dengan dunia manusia di mana bentuknya bukan 3 dimensi.

Ini bererti, setiap alam semesta berjalan lancar dan selari tetapi pada tahap yang berbeza.

5. Watak Ava 'Ghost' merupakan simulasi penjelasan teori kuantum

Image via Superhero Hype

Mereka yang sudah menonton filem Antman and The Wasp pasti merasakan bahawa watak antagonist filem tersebut iaitu Ava Ghost terasa kurang 'jahat'. Ava hanya mahu menyembuhkan dirinya dengan memasuki dirinya ke terowong kuantum yang dicipta oleh Hank Pym.

Semasa Ava kecil, sebahagian daripada dirinya disedut ke dalam terowong kuantum. Alat itu kemudian dimusnahkan sebelum Ava dibawa sepenuhnya ke dalam alam kuantum. Oleh yang demikian terasa seolah-olah tubuhnya di antara ada dan tiada. Ava hidup dalam dua realiti dalam dirinya, realiti dunia manusia dan realiti alam kuantum.

Ini membuatkan hidup Ava terseksa kerana jarak antara atom dalam tubuhnya telah dipendekkan, tetapi masih dalam realiti 3 dimensi. Oleh itu Ava terpaksa memasuki satu bilik khas untuk mendapatkan tenaga melalui haba dan cahaya.

Sekiranya Ava tidak dapat masuk ke dalam terowong kuantum ciptaan Hank Pym, dia boleh kehilangan dirinya selama-lamanya. Untuk memulihkan dirinya, dia perlu masuk ke dalam alam kuantum (terowong ciptaan Hank Pym) untuk mengambil semula sebahagian dari dirinya yang sudah tersesat di sana.

6. Penjelasan cara quantum tunnel yang dicipta Hank Pym untuk menjemput Janet van Dyne

Image via Superhero Hype

Hank Pym wujud dalam bentuk manusia biasa sebelum menuju ke alam kuantum untuk menjemput Janet. Dia menggunakan isyarat yang dihantar oleh Janet ke dalam badan Scott. Isyarat ini berbentuk frekuensi dan gelombang panjang.

Atom-atom di dalam tubuh manusia berinteraksi melalui getaran. Getaran ini bergerak dari satu titik atom ke atom yang lain, kemudian dirujuk sebagai gelombang. Bilangan gelombang yang berlaku setiap satu saat boleh dikira melalui frekuensi.

Hank hanya perlu mencari frekuensi atom Janet. Angka-angka dalam terowong kuantum boleh ditetapkan untuk membawa Hank ke titik destinasinya menggunakan jalur pengangkutan yang dilengkapi dengan GPS.

Komponen khas yang menjadi rebutan Hope dan Ava berfungsi sebagai penstabil, supaya beban kerja terowong kuantum tidak terlalu besar. Perubahan tenaga dari dunia tiga dimensi ke alam kuantum memerlukan tenaga yang banyak. Sekiranya tidak dipasang dengan penstabil ini, terowong kuantum boleh mati pada bila-bila masa disebabkan kuasa yang berlebihan.

7. Time vortex dan vakum dalam alam kuantum

Image via Movie World HD

Di post credit scene, Scott berangkat ke alam kuantum untuk menyimpan tenaga dalam tiub. Janet memberi amaran kepada Scott untuk tidak terperangkap dalam pusaran masa atau time vortex. Apakah time vortex?

Jika anda pernah menonton filem 'Interstellar' hasil ciptaan Christopher Nolan, pasti anda mengingati adegan di mana Cooper cuba menghubungi anaknya dari masa depan. Dia terperangkap di tengah-tengah, di mana ruang dan masa tidak terpakai. Dia juga dapat melihat dirinya di alam semesta lain.

Itulah yang merujuk kepada time vortex. Jika Scott terperangkap di sana, dia tidak boleh membezakan antara masa lalu, sekarang dan masa depan. Semuanya seolah-olah berlaku bersama-sama.

Ini pasti menjadikan akal fikiran manusia seolah-olah tidak berfungsi kerana pemikiran dan perasaan manusia timbul daripada interaksi atom. Apabila jarak antara atom sangat singkat bahkan hampir tidak ada, manusia akan kehilangan logik dan ingatan. Ia seperti berada dalam keadaan vakum atau ruang kosong.

8. Apakah semua teknologi dalam 'Ant Man and The Wasp' boleh berlaku di dunia nyata?

Image via Vulture

Persoalan yang datang selepas menonton filem fiksyen sains adalah, "Bolehkah alat-alat ini tidak digunakan di dunia nyata?"

Sudah tentu jawapannya boleh, tetapi bukan masa kini dan keperluan penyelidikan yang terperinci untuk masa yang lama. Semua filem fiksyen sains mestilah diambil dari teori sains yang sedia ada.

Setakat ini, teori kuantum dan mekanik telah digunakan secara meluas. Salah satu contoh adalah untuk mengenal pasti kandungan kimia dalam campuran. Ia juga boleh digunakan untuk merekabentuk sebatian kimia yang baru.

Artikel ini diterjemah daripada artikel IDN Times.

Setakat di sini penjelasan saintifik yang ringkas tentang dunia kuantum dalam Ant Man and The Wasp.

Teori ini berkemungkinan akan muncul dalam filem Marvel lain, kerana fenomena kuantum menarik untuk diterokai!

Image via Giphy

Teori alam kuantum juga telah diringkaskan oleh seorang pengguna Twitter @zamirmohyedin dalam bentuk thread seperti di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS:

You may be interested in: