Aktiviti Hiking Di Selangor Kini Perlukan Permit, Boleh Mohon Secara Online Mulai 1 April
Pelawat dikehendaki memohon permit mereka sekurang-kurangnya 48 jam sebelum aktiviti pendakian.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bermula 1 April 2025, semua permohonan permit berkaitan aktiviti rekreasi dan mendaki di dalam hutan simpan kekal Selangor hendaklah dikemukakan secara dalam talian
Menurut laporan New Straits Times, Jabatan Perhutanan negeri dalam notis yang disiarkan di laman webnya pada 20 Mac memberitahu permohonan itu mesti dikemukakan melalui Sistem e-Permit Perhutanan Selangor (SeForest).
Dalam notis itu, ia turut berkongsi carta alir untuk penggunaan ePermit melalui sistem SEFOREST.
Pendaki mesti buat permohonan 48 jam daripada waktu pendakian
“Memasuki hutan simpan kekal tanpa permit adalah satu kesalahan yang boleh didenda RM30,000, penjara sehingga 5 tahun, atau kedua-duanya sekali, di bawah Seksyen 47(1) Akta Perhutanan Negara 1984,” tulis notis itu.
Mengikut carta alir, pelawat dikehendaki mengemukakan permohonan permit mereka sekurang-kurangnya 48 jam sebelum lawatan yang dirancang dengan bayaran perlu diselesaikan dalam tempoh 24 jam selepas menerima kelulusan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!