seismik

Tertinggal Flight: Afdlin Shauki Dakwa Firefly Sebuah 'Airline' Yang Tak Bagus. Setuju?

Ada yang simpati, tak kurang juga yang kata salahkan diri sendiri. Salah pesawat atau salah Afdlin Shauki?

Cover image via SAYS

Pelakon dan pelawak, Afdlin Shauki semalam memuat naik gambar dan status beliau selepas tertinggal flight Firefly yang dikatakan berlepas 10 minit lebih awal dari yang sepatutnya

Gambar Afdlin Shauki dan pelawak Johan yang 'tersadai' di Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru selepas tertinggal pesawat Firefly semalam.

Image via Facebook Afdlin Shauki

Afdlin yang agaknya berang dengan syarikat penerbangan itu membuat pernyataan yang "Firefly airline yang tak bagus"

Image via SAYS

Menurut beliau, dia dan Johan, pelawak dan penyampai radio Era, sudah check-in lebih awal, dan tidak mengetahui bahawa pesawat akan berlepas 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan. Akibat dari itu, beliau dan Johan tersadai di Lapangan Terbang Senai di Johor Bahru.

Dalam status yang sama, beberapa orang netizen turut berkongsi pengalaman dan meluahkan perasaan tidak puas hati setelah melalui insiden yang hampir serupa seperti Afdlin Shauki

Image via imgur.com
Image via imgur.com

Kasihan juga pada 'mangsa-mangsa' ini. Tetapi...

Image via Facebook Afdlin Shauki

Ada juga yang berpendapat insiden ini tidak lain tidak bukan salah Afdlin Shauki sendiri, kerana beliau tidak peka peraturan dan masa penerbangan yang telah ditetapkan

Ini adalah peraturan berkaitan masa boarding dan perlepasan seperti yang tertera di dalam laman web Firefly:

"Teruskan ke pintu perlepasan dengan pas masuk dan pengenalan diri seperti paspot atau MyKad sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masa perlepasan untuk pemeriksaan dokumen. Pintu perlepasan akan ditutup 10 minit sebelum masa penerbangan, di mana selepas itu kami tidak akan membenarkan penumpang menaiki pesawat."

fireflyz.com.my

Persoalannya sekarang, salah siapa sampai Afdlin Shauki tertinggal pesawat?

Jika kita buat kira-kira simple, Afdlin seharusnya berada sekurang-kurangnya 30 minit di dalam balai berlepas. Jika pesawat terbang 10 minit lebih awal, Afdlin mempunyai baki 20 minit. Dan baki ini tidak termasuk pemeriksaan dokumen perjalanan.

Dalam insiden ini, berkemungkinan besar Afdlin tidak berada dalam balai berlepas. Jadi, pukul berapakah agaknya Afdlin bercadang untuk masuk ke situ?

Kami bukan hendak menyebelahi Firefly, tapi memang sudah adat dan peraturan untuk mana-mana penumpang kapal terbang kena sentiasa peka kepada tarikh dan masa penerbangan.

Tambahan pula, ada netizen mendakwa mendengar nama Afdlin diumumkan:

Walau bagaimanapun, ini tips ringkas untuk mengelakkan anda menerima nasib yang sama seperti Afdlin:

1. Pastikan anda berada di lapangan terbang seawal yang boleh untuk memudahkan anda membuat pemeriksaan dokumen dan bagasi dengan cepat dan sempat untuk masuk ke balai berlepas.

2. Ingat pepatah ini ketika menaiki pesawat, "Biar awal, asal tak tertinggal flight."

3. Sentiasa periksa tiket dan email anda untuk semua penerbangan yang telah anda tempah dan bakal anda naiki, mana tahu berlaku perubahan tarikh dan masa.

4. Sentiasa mengingati diri sendiri bahawa kapal terbang bukan macam bas yang boleh sesuka hati gerak dan berhenti.

Yang penting, ketika ini mungkin Afdlin Shauki sudah selamat tiba ke destinasi. Diharap Afdlin akan lebih peka kepada masa penerbangan di lain masa. Lainlah kalau ada jet peribadi macam TMJ:

You may be interested in: