seismik

"Dengan Budak Kecik Pun Nak Sakit Hati?" - Akaun Twitter Chef Cilik Danish Harraz Digodam

Danish Harraz meminta maaf andai pernah menyakiti sesiapa tanpa sengaja.

Cover image via The Sun Daily

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Danish Harraz merupakan chef cilik yang terkenal dengan bakat memasak pada usia yang muda

Malah, dia juga mempunyai minat yang mendalam terhadap masakan sejak kecil lagi. Setiap resepinya akan dikongsikan melalui sosial medianya iaitu Instagram, Twitter dan YouTube. Disebabkan perkongsian resepinya yang viral, Danish sering dijadikan sebagai sumber insipirasi kepada masyarakat. 

Namun begitu, akaun Twitter Danish Harraz telah digodam dan dipadam baru-baru ini

Walaupun Danish telah pun mengaktifkan 2 factor authentication di akaun Twitternya, perkara ini juga tidak menghalang seseorang itu untuk berbuat jahat. Danish sendiri tidak tahu siapa pelakunya, tahu-tahu akaun Twitternya dah hilang. Seorang gadis pemilik akaun Twitter @theiliaqilah memuat naik gambar screenshot perbualan antara dia dan Danish Harraz mengenai perkara tersebut.

Lihat gambar di bawah:

"Dengan budak kecik pun nak sakit hati?" - Netizen

Ramai netizen yang turut bersimpati dengan keadaan ini. Bayangkan budak kecil tidak membuat sebarang kesalahan tetapi ada juga yang dengki. Pada akhirnya, Danish juga yang meminta maaf andai dia pernah menyakiti hati sesiapa tanpa sedar.

Kita doakan semoga Danish Harraz kuat dan tabah menghadapi ujian. Ingat, tak baik dengki-dengki orang!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: