seismik

AirAsia Tambah Penerbangan Dan Lanjut Tempoh Tambang Tetap Sempena PRU14

Semua harga yang ditetapkan adalah di bawah RM200 sahaja!

Cover image via The Island Logic

Sempena PRU14 akan datang, pihak AirAsia bakal menambahkan penerbangan serta melanjutkan tempoh tambang tetap untuk calon yang bakal pulang mengundi

Image via Avalon Airport

Perkara ini untuk memudahkan calon yang ingin pulang ke lokasi mengundi masing-masing dengan lebih cepat dan tidak perlu menempuhi kesesakan lalu lintas.

Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh pihak AirAsia sendiri, sempena peningkatan permintaan penerbangan pada musim Pilihan Raya Umum, pihak mereka akan menambah penerbangan untuk laluan domestik yang terpilih.

Selain itu, tempoh perjalanan asal dari 8 - 10 Mei 2018 untuk tawaran tambang tetap juga akan dilanjutkan dari 7 Mei 2018

AirAsia juga bakal mengendalikan sebanyak 120 penerbangan bermula dari 7 hingga 10 Mei 2018. Penerbangan ini adalah termasuk pesawat Airbus A330 yang mempunyai sebanyak 377 tempat duduk untuk memudahkan calon untuk pulang mengundi.

Harga untuk tambang penerbangan sehala ini telah ditetapkan serendah RM99 bagi penerbangan dalam Semenanjung Malaysia. Manakala RM129 untuk penerbangan ke Sabah dan Sarawak bagi penempahan baru dan ianya tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

Antara senarai penerbangan tambahan untuk laluan dalam Semenanjung Malaysia yang berharga RM99 bagi tambang sehala:

  • Kuala Lumpur - Kota Bharu - Kuala Lumpur
  • Kuala Lumpur - Kuala Terengganu - Kuala Lumpur
  • Kuala Lumpur - Pulau Pinang - Kuala Lumpur
  • Kuala Lumpur - Pulau Pinang - Kuala Lumpur
  • Kuala Lumpur - Alor Setar - Kuala Lumpur
  • Kuala Lumpur - Johor Bahru - Kuala Lumpur

Bagi tambang laluan Semenanjung ke Sabah dan Sarawak pula adalah seperti di bawah:

  • Kuala Lumpur - Sibu - Kuala Lumpur
  • Kuala Lumpur - Kuching - Kuala Lumpur
  • Johor Bahru - Sibu - Johor Bahru
  • Johor Bahru - Miri - Johor Bahru
  • Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Kota Kinabalu
  • Johor Bahru - Kota Kinabalu - Johor Bahru
  • Johor Bahru - Tawau - Johor Bahru

NOTA PENTING: Tambang sehala termasuk semua untuk tempat duduk standard sahaja (tidak termasuk Premium Flatbed) termasuk cukai dan caj. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadi, anda tidak perlu risau lagi takut tak ada tiket untuk pulang mengundi ya! AirAsia dah memudahkan kerja kita, apa lagi jom book tiket cepat! ;)

Image via Giphy

Klik di link ini untuk menempah tiket penerbangan anda sekarang!

Ingin tahu keputusan terkini #PRU14? Ikuti laman ge14.says.com dan dapatkan keputusan secara langsung bagi semua kerusi secara pantas dan tepat!

Image via SAYSGE14

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi mengenai PRU14 hanya di SAYS:

You may be interested in: