seismik

AirAsia Mansuhkan Caj klia2 Mulai 7 Januari Untuk Kekalkan Tambang Rendah

Caj klia2 diperkenal pada Mei 2014.

Cover image via klia2.info

Bermula hari ini, 7 Januari 2019, AirAsia akan memansuhkan caj RM3 fi klia2 bagi kesemua penerbangan yang berlepas dari klia2

Image via ft.com

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Selaras dengan pengumuman kami minggu lepas, kami telah memansuhkan fi klia2. Sejak dari mula, kami telah mengatakan yang klia2 adalah tidak sesuai untuk operasi syarikat penerbangan tambang rendah dan kami akan terus ke Malaysia Airports untuk segala kos tambahan yang mereka kenakan ke atas kami.”

Fi klia2 yang diperkenal pada Mei 2014 adalah bagi menampung kos tambahan yang terhasil dari penggunaan fasiliti mandatori

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengenakan fi ini di klia2 bagi penggunaan fasiliti mandatori seperti jambatan udara, sistem daftar masuk SITA dan sistem menaiki pesawat, yang tiada di LCCT sebelum ini.

Sebelum ini, AirAsia dan MAHB telah 'berperang' tentang isu cukai RM73 yang dikenakan untuk setiap penumpang. AirAsia dilapor hanya mengutip RM50.

AirAsia telah menentang secara dasar, kenaikan Passenger Service Charge (PSC) ini sejak diumumkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pada 2017.

Kutipan RM50 setiap penumpang oleh AirAsia berbentuk satu ‘protes’ terhadap kadar kenaikan caj PSC ini kepada setiap penumpang.

Terdapat kemungkinan pergelutan antara dua pihak itu akan berlarutan dan kemungkinan akan ke mahkamah, terutamanya jika AirAsia tetap berdegil dan tidak mahu membayar tuntutan cukai seperti diminta oleh MAHB.

MAHB kemudian berkata pihak mereka tidak pernah pun mengenakan caj RM3 fi tersebut di klia2. Sebaliknya, caj tersebut dikenakan sendiri oleh AirAsia dan dimasukkan dalam tambang.

Image via mmail.com.my

"Bayaran klia2 itu telah dikenakan dan dikutip sendiri oleh AirAsia sejak terminal klia2 mula beroperasi pada 2014," kata MAHB dalam satu kenyataan.

"Satu-satunya caj kepada penumpang yang dikutip oleh MAHB adalah caj perkhidmatan penumpang (PSC) sebanyak RM11 untuk pelepasan Domestik, RM35 untuk pelepasan Antarabangsa ke negara-negara ASEAN dan RM73 untuk pelepasan Antarabangsa ke negara-negara Bukan ASEAN."

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi tentang pergelutan AirAsia DI SINI:

You may be interested in: