seismik

Ahmad Fauwaz Fadzil Kini Dilantik Sebagai Mufti Wilayah Persekutuan Baharu. Tahniah!

Beliau menggantikan bekas Mufti Wilayah Persekutuan terdahulu, Prof Madya Datuk Dr Luqman Abdullah.

Cover image via Solusi (Gambar sekadar hiasan) & Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Ahmad Fauwaz Fadzil dilantik sebagai mufti Wilayah Persekutuan yang baharu

Menerusi hantaran di Facebook, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata pelantikan yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong itu mencerminkan keyakinan dan harapan tinggi kepemimpinan negara ke atas kebolehan dan kewibawaan Ahmad Fauwaz untuk mengemudi institusi fatwa dengan penuh integriti dan hikmah.

"Saya yakin dan percaya beliau akan memperkukuh lagi peranan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sebagai institusi autoritatif yang menjadi rujukan umat Islam di negara ini.

"Tahniah saya ucapkan dan semoga Allah SWT memberkati pelantikan ini serta memberikan kekuatan kepada beliau untuk menjalankan amanah dengan penuh hikmah, integriti serta istiqamah," katanya.

Untuk makluman anda, Ahmad Fauwaz merupakan anak kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor itu adalah tokoh ilmuwan prolifik dalam bidang perundangan dan kewangan Islam, pendidikan, dakwah serta penyelidikan.

Bekas Ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu berkelulusan Sarjana Muda Syariah Islamiyyah dari Universiti Al-Azhar, Mesir serta menyempurnakan pengajian Sijil Profesional Fatwa di Dar al-Ifta' al-Misriyyah.

Malah, beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Usul Figh dari Universiti Malaya dan pensijilan antarabangsa seperti Certified Sharia Advisor and Auditor (CSAA) oleh Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI).

Sarjana Islam itu juga aktif menyumbang dalam pelbagai institusi termasuk MAIWP, institusi kewangan dan akademik.

Kepakaran beliau dalam bidang usul figh, figh muamalat, figh perubatan serta kefahaman figh kontemporari amat diperlukan dalam membentuk dasar hukum Islam yang seimbang, berlandaskan maqasid syariah dan selari aspirasi Malaysia MADANI.

Sebagai ilmuwan yang sering muncul dalam media dan forum ilmiah, beliau turut dikenali sebagai tokoh yang mampu menjelaskan isu keagamaan semasa secara tuntas, inklusif dan bersifat mendidik.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: