seismik

[TERKINI] Agong Perkenan Ismail Sabri Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke-9

Beliau mula bertugas esok, 21 Ogos.

Cover image via Astro Awani & Malaysiakini

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ahli Parlimen Bera iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 pada hari ini

Beliau dilantik atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, keputusan itu ditetapkan selepas Datuk Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 ahli Dewan Rakyat.

Umum mengetahui, seramai 114 ahli Dewan Rakyat telah menghadap Seri Paduka Baginda pada 19 Ogos 2021 untuk mengesahkan kepercayaan mereka ke atas ahli Dewan Rakyat yang telah dicalonkan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Image via Harian Metro

Sehubungan dengan itu, Ismail Sabri telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9

"Selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan", memetik kenyataan yang dikongsikan melalui media sosial Istana Negara sebentar tadi.

Lihat posting penuh itu di bawah: 

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: