seismik

Selalu Dijadikan Souvenir, Adakah Snek ‘Honey Butter’ Dari Korea Ini Baik Buat Umat Islam?

Dipercayai ramai di antara kita pernah memakan snek kekacang ini.

Cover image via Google

Alang-alang bercuti ke Korea Selatan, maka tidak lengkaplah percutian itu kalau tidak singgah ke tempat shopping

Image via Tirto ID

Korea sememangnya sangat terkenal sebagai syurga membeli-belah terutamanya untuk barangan kosmetik dan kecantikan. Bahkan ramai yang datang ke sana akan memborong barangan kecantikan seperti alat solek dan face mask untuk dipakai sendiri serta diberikan kepada ahli keluarga atau kawan-kawan sebagai souvenir.

Tetapi selain daripada produk kosmetik Korea yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia, produk Korea berunsurkan makanan juga menerima permintaan yang menggalakkan. Maka, tidak hairanlah banyak pasaraya besar di Malaysia ini yang mula menjual produk makanan keluaran negara K-Pop itu!

Bagaimanapun, ramai tidak tahu bahawa terdapat beberapa produk makanan dari Korea yang sebenarnya tidak halal dan tidak mendapat pengiktirafan sijil Halal dari Persatuan Islam Korea mahupun Malaysia.

Salah satu daripada produk yang dimaksudkan itu adalah snek kekacang Honey Butter Almond.

Apakah snek ini sebenarnya selamat bagi umat Islam?

Berita kurang baik buat kebanyakan daripada kita yang pernah memakan snek kekacang Honey Butter Almond ini kerana Persatuan Halal Korea telah mengesahkan bahawa makanan berkenaan adalah tidak halal.

Image via Gvado

Bukan itu sahaja, persatuan tersebut turut memaklumkan bahawa snek ini yang dijual di serata Malaysia telah dibuat di dalam kilang yang sama mengeluarkan makanan tidak halal.

Perlu diingat bahawa status halal sesuatu produk bukan hanya berasaskan ramuannya sahaja tetapi juga berdasarkan sumber ramuan dan proses ianya dibuat.

Dalam hal snek kacang Honey Butter Almond ini pula, kandungannya mungkin baik-baik sahaja tetapi lokasi produk ini dibuat sebenarnya tidak sesuai untuk umat Islam. Tulisan 돼지 (dwe-ji) dalam gambar di atas bermaksud khinzir, menunjukkan bahawa produk itu dibuat di kilang yang juga memproses daging khinzir dan produk lain yang berasal daripada khinzir.

Oleh itu, disarankan umat Islam agar tidak lagi membeli bukan sahaja snek Honey Butter Almond ini tetapi juga produk keluaran jenama yang sama seperti di bawah:

Selain itu, berikut adalah beberapa lagi jenama popular yang dihasilkan di kilang-kilang yang juga memproses produk daging khinzir:

Calbee Honey Butter Chip

Image via Have Halal Will Travel

Tom’s Farm Honey Butter Almond, Honey Butter Mix Nut, Honey Butter Wasabi Almond, dan Wasabi Almond

Image via Have Halal Will Travel

Tom’s Farm Honey Butter Cashew Nut dan Honey Butter Walnut

Image via Have Halal Will Travel

Meskipun senarai ini tidak lengkap, namun umat Islam dinasihatkan untuk menggunakan Terjemahan Google (Google Translate) bagi melihat dan memeriksa tulisan 돼지 (dwe-ji) pada pembungkusan untuk produk lain daripada Korea.

Hasil tinjauan di laman Twitter pula mendapati ramai sebenarnya di antara kita yang tanpa sengaja pernah termakan snek kekacang tersebut.

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Walaupun begitu, usah khuatir kerana terdapat produk alternatif bagi snek kekacang ini yang tidak kurang kesedapannya!

Buat pengguna Islam yang mencari Halal Honey Butter Almond ini, sebenarnya, terdapat beberapa syarikat seperti Nuts Holic yang telah mula mengeluarkan versi snek ini yang disahkan halal!  

Produk tersebut telah disahkan oleh Jawatankuasa Halal Persekutuan Muslim Korea, dan ditandai dengan logo hijau di penjuru pembungkusannya. Malahan syarikat tersebut turut mengeluarkan snek kekacang tersebut dalam perisa lain iaitu Hot Spicy dan Strawberry.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Yay Jepun dah ada produk Brahim's!

Lagi artikel menarik di SAYS:

You may be interested in: