seismik

Adakah Lagu Dari ‘Underground Rapper’ Ini Membidas Lagu Mambang Dari Altimet?

Lagu baru ini seperti membalas lagu Altimet 'Mambang'

Cover image via postimg.org

Sebuah lagu telah dilancarkan di laman YouTube oleh Kmy Kmo dan Luca Sickta yang berjudul "Gong Nekara"

Lagu yang berdurasi 4.00 minit ini memaparkan muzik bergenre hip-hop dan juga diselitkan dengan sedikit bunyian alat muzik tradisional seperti gamelan. Memberikan pendengar vibe Nusantara.

Lagu ini ditulis dan digubah oleh Kmy Kmo dan Luca Sickta dan telah pun dilancarkan pada 12 Mac lalu.

Adakah lagu ini menyambut sahutan lagu Mambang oleh Altimet?

Ada beberapa spekulasi bermain di media sosial menyatakan lagu ini merupakan 'sahutan' dari lagu Mambang oleh Altimet. Buat pengetahuan semua, Kmy Kmo ini merupakan artis naungan Qarma Musiq dan dia juga adalah anak didikan Malique Ibrahim. 

Image via Twitter

"Aku lempar tari iqram mengusik ego tua kau ombak singgah omong nisbah gangguan yang tak dihirau"

Bait lirik ini mungkin nampak biasa tetapi ada beberapa netizen menyatakan bahawa lirik ini mempunyai maksud yang lain; 

Ada juga yang menyatakan di pengakhiran lagu ini, ada lirik yang berbunyi;

"Bukan Alpha atau Mambang yang ku gentar hanya Satu".

Juga merujuk pada Altimet, dimana beliau pernah menyatakan bahawa beliau merupkan alpha dalam siri YouTube Joe Flizzow yang berjudul 16 Baris dan Mambang pula adalah single Altimet yang dilancarkan pada awal bulan ini. 

Apa pandangan anda tentang lagu ini? Cuba bagi komen dibawah! Sambil itu, jom layan lagu ini.

Artikel ini merupakan sebahagian daripada rantaian #saysplaylist, dimana kami mengetengahkan bakat-bakat dan lagu-lagu baru industri muzik tanahair. Jika anda ada sebarang cadangan atau idea untuk siapa yang kami boleh feature selepas ini, isikan pada ruangan komen di bawah!

Image via Pixabay/SAYS

Baca penjelasan penuh Altimet mengenai lagu Mambang:

You may be interested in: