seismik

"Ada Yang Menari" - Buat Aduan Polis Sebab Bising, Ramai Terkedu Bila Rumah Tiada Penghuni

Seram!

Cover image via @bigredmachine3196 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Di dunia ini tidak dinafikan memang wujudnya 'makhluk ghaib'

Sebahagian besar manusia tidak dapat melihat dengan mata kasar, namun ada juga sesetengah orang yang dikurniakan anugerah untuk dapat melihat makhluk-makhluk itu. 

Baru-baru ini, tular sebuah video yang menceritakan kisah seram di kawasan kejiranan dan perkara itu juga melibatkan pihak polis telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@bigredmachine3196

Based on true story..Kita share kisah seram time penugasan.. #pdrm #misteri #ipdpetalingjaya #fyp #fypviral

original sound - Papa Fen - FandyFiera

Ingatkan jiran depan rumah sentiasa buat bising, rupa-rupanya rumah tak ada orang

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang anggota polis berkongsi kisah yang dihadapi semasa dia dan rakannya sedang bertugas.

Pada awalnya, anggota polis itu menerima aduan daripada seseorang daripada kawasan kejiranan rumah itu. Pengadu itu meluat dengan sikap jirannya yang selalu memasang muzik dengan kuat sambil menari-nari pada waktu malam. 

Laporan tersebut juga bukan pertama kali dihantar kepada pihak polis. Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila setiap kali polis datang memeriksa, rumah itu dilihat gelap dan tiada muzik yang dipasang. 

Pengadu tersebut tidak berpuas hati lalu bertindak merakam video dan menghantarkan kepada pihak polis sebagai bukti. Dalam video tersebut, memang nampak ada satu mahkluk yang sedang menari-nari. Sehingga kini, siapakah makhluk dalam video itu menjadi misteri.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@bigredmachine3196

Reply to @millz_13107 kita try upload video kedua yang lebih clean&clear.. #misteri #pdrm #ipdpetalingjaya #polispj #fyp #fypviral

original sound - Anschyni - Anschyni

"Sampai aku slow kan volume lah semata nak tau kesudahannya" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 943K tontonan, 68K tanda suka dan 6K komen di TikTok, rata-rata netizen turut merasa seram dengan kejadian itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Meremang betul tengok video tu, takut!

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: