seismik

"Ada Toksin Menyebabkan Lumpuh" - Orang Ramai Dinasihat Jangan Makan Kerang Sungai Geting

Boleh menyebabkan keracunan makanan, berbahaya dan memudaratkan kesihatan manusia.

Cover image via Berita Harian & Astro Awani

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Orang ramai dilarang melakukan aktiviti memungut, menjual dan memakan spesies kerang-kerangan di kawasan perairan Sungai Geting, Tumpat, Kelantan

Ia berikutan spesies kerangan-kerangan yang terdapat di situ telah dicemari toksin saraf (Saxitoxin) daripada alga berbahaya Alexandrium Minutum.

Menurut laporan, Pengarah Perikanan Kelantan, Nazri Ishak berkata, larangan itu berkuat kuasa serta-merta berikutan hasil keputusan analisis dijalankan makmal Biosekuriti Perikanan.

"Bahan toksin itu ditemui pada spesies kerang-kerangan seperti tiram, lokan, kepah dan lala yang dikutip di sekitar kawasan perairan Sungai Geting,

"Akibat daripada memakan kerang-kerangan yang tercemar itu boleh menyebabkan keracunan, berbahaya dan memudaratkan kesihatan," katanya.

Notis pemberitahuan mengenai larangan memungut, menjual dan makan spesies kerang-kerangan di kawasan perairan Sungai Geting turut telah dimuat naik di media sosial

Mengulas lanjut, Nazri berkata, kejadian itu sudah banyak berlaku di kawasan terbabit, dan ia berpunca daripada banyak faktor termasuk cuaca panas.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan ujian pensampelan setiap minggu dan mengeluarkan notis pemberitahuan jika spesies itu sudah selamat untuk dimakan nanti.

"Sebagai langkah kawalan, kita mengarahkan supaya pencari atau pengutip kerang-kerangan ini jangan kutip lagi sehingga dipastikan ia selamat untuk dimakan.

"Bagi penjual di tepi jalan sekitar kawasan Sungai Geting pula, tidak semestinya mereka kutip di perairan itu kerana ada yang diperoleh daripada pengutip yang mencari di lokasi lain. Mereka juga sedia maklum akan kejadian itu kerana bukan kali pertama berlaku.

"Bagaimanapun, nasihat saya kepada pembeli agar bertanya terlebih dahulu kepada penjual mengenai dari mana kerang-kerangan itu diambil, bagi mengelakkan termakan spesies yang tercemar," ujarnya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: