seismik

Ada Iras-Iras Selebriti Korea, Wajah Comel Budak Perempuan Ini Bikin Netizen Jatuh Hati

Macam Moon Ga Young!

Cover image via Asian Wiki & @ainareduzan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Fenomena K-Pop sudah semakin tular di negara kita

Jika dahulu, ia popular dalam kalangan remaja sahaja kini boleh dikatakan seluruh lapisan masyarakat sudah mula meminati K-Pop. Rupa selebriti Korea yang handsome dan cantik ini memang menjadi tarikan ramai. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan wajah comel seorang budak perempuan yang seiras dengan seorang selebriti korea telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah: 

@ainareduzan

Jadi tengok lah Kdrama byk2 masa .

original sound - GEMINI

Selalu sangat tengok drama Korea semasa mengandung

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ainareduzan, kelihatan dia menunjukkan gambar seorang selebriti Korea, Moon Ga Young.

Kemudian, dia menunjukkan pula gambar anak perempuannya yang comel. Apa yang mengejutkan ramai adalah apabila wajah selebriti Korea tersebut dan anak perempuannya itu memang seiras. 

Difahamkan, dia memang selalu menonton drama Korea ketika mengandung, mungkin disebabkan itu wajah selebriti tersebut terkenan ke wajah anaknya. 

"I'll make sure to tatap muka member NCT dengan EXO setiap hari bila pregnant walaupun tak nak kahwin" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.4M tontonan, 246.1K tanda suka dan 2.4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji kecomelan anak perempuan wanita itu. 

Malah, ada yang berseloroh ingin menatap gambar selebriti Korea kegemaran mereka setiap hari ketika mengandung.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:



Comelnya awak ni dik! Yang mana mengandung tu, bolehlah start tengok drama Korea ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: