seismik

"Ada Dua Kemungkinan" - Dr. Noor Hisham Maklumkan Pesakit Covid-19 Boleh Dijangkiti Semula

Sepatutnya orang sudah pulih, dia ada antibodi.

Cover image via Noor Hisham Abdullah / Facebook

Malaysia hari ini merekodkan sebanyak 57 lagi kes positif baru Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 5,482 kes setakat 21 April 2020

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr, Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah tersebut, 18 adalah kes import daripada warga Malaysia yang pulang dari luar negara, sementara 39 kes adalah kes penularan tempatan.

Selain itu, tiga kematian juga turut dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang maut akibat wabak ini adalah sebanyak 92 kes.

Manakala, sebanyak 54 kes juga telah sembuh dan pesakit dibenarkan pulang dan ia secara tidak langsung menjadikan peningkatan jumlah kumulatif pesakit yang sembuh kepada 3,349 kes atau 61.1 peratus.

Sementara itu dalam sidang media yang sama, Dr. Noor Hisham memaklumkan bahawa pesakit positif Covid-19 yang telah pulih boleh dijangkiti semula

Image via The Star

Memetik laporan, beliau berkata keadaan itu boleh berlaku kerana tidak ada data antibodi yang dihasilkan oleh mereka semasa dijangkiti wabak itu dapat melindungi mereka daripada Covid-19.

Katanya, "Ada kemungkinan dijangkiti semula, sepatutnya orang sudah pulih, dia ada antibodi tapi dalam kertas penyelidikan tidak ada data yang menunjukkan antibodi itu dapat melindungi seseorang daripada dijangkiti semula.”

Justeru Dr. Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberikan khidmat kaunseling kepada kesemua mereka untuk memastikan mereka tidak dijangkiti semula wabak berkenaan.

“Ada dua kemungkinan mereka dijangkiti semula jadi sebelum discaj memang kita akan beri kaunseling untuk mengelakkan jangkitan semula. Kedua kalau kita ambil ujian, mungkin akan jadi positif tetapi lemah dimana peluruhan virus berlaku walaupun lemah tapi tidak dijangkiti,” katanya.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: