seismik

"Ada 2 Kali Plot Twist" - Jejaka Indonesia Sampai Terbahak Live Dengan Gadis Melayu Ini

Haa sudah, lain macam cerai kali kedua tu.

Cover image via @lendra.cikicow (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Status 'janda' sememangnya pahit untuk ditelan oleh semua wanita, apatah lagi jika ia berlaku untuk kali kedua

Siapa saja dalam dunia ini inginkan perceraian bukan? Kalau boleh, semua orang mahu rumah tangga kekal bahagia.

Namun, itulah dugaan yang terpaksa dihadapi oleh seorang gadis Melayu di TikTok ini menerusi sebuah rakaman livenya bersama seorang jejaka dari Indonesia.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tengah sakan live, sekali tak sangka plot twist rupa-rupanya pernah menjanda dua kali

Menerusi video yang dimuat naik oleh TikToker popular dari seberang @lendra.cikicow, kelihatan dia sedang live bersama gadis Melayu itu.

Video live tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai apabila jejaka Indonesia itu gigih untuk berbahasa Melayu dengan menambahkan huruf 'E' pada setiap hujung ayatnya.

Apa yang lebih menarik tumpuan ramai adalah apabila jejaka itu tidak sangka apabila gadis itu memberitahu bahawa dia sudah menjanda sebanyak dua kali.

Walau bagaimanapun, mereka berdua dilihat ketawa bersama sambil jejaka itu sempat memberikan semangat buat gadis tersebut.

"Orang ketigeeee hahaha comel je. Kesiannya, ujian dia. Ketawa dalam kesedihan" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 12M tontonan, 1.3M tanda suka serta 33.7K perkongsian di laman TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat perbualan antara mereka berdua.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Gigih betul dia nak cakap bahasa Melayu ya, lawak pula tengok diaorang berdua ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: