seismik

#ABPBH2014: Johan Bercumbu Dan 5 Lagi Perkara Paling Hangat Diperkata Orang Ramai

Bagi sesiapa yang terlepas acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (#ABPBH2014), di sini kami sediakan 6 babak yang paling mendapat perhatian.

Cover image via SAYS.com

1. Johan dan isteri, Ozlyn bercumbu macam artis Hollywood

Image via rotikaya.com

Selepas namanya diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular, Johan binkas bangun dari kerusi bersama isterinya, Ozlyn dan terus memberi kucupan di bibir sebagai tanda tahniah.

Perkara sebegini memang sering dilakukan oleh artis Hollywood apabila mereka memenangi sesuatu anugerah. Tetapi di Malaysia, ia sesuatu yang amat jarang dilihat. Ada pihak yang menganggap Johan dan isteri tidak sepatutnya berkelakuan sebegitu di depan khalayak ramai, inikan pula dalam majlis yang bersiaran secara langsung di kaca tv.

Namun ada juga yang menyifatkan perbuatan mereka tidak ada salahnya kerana mereka berdua merupakan suami isteri yang sah.

Jadi, boleh terima atau tidak?

2. Neelofa enggan bersalaman dengan lelaki

Image via SAYS.com

Neelofa memenangi anugerah Pengacara TV Wanita Popular, mengalahkan Fara Fauzana, Heliza Helmi, Jihan Muse dan Scha Alyahya. Apa yang membuatkan orang ramai kagum dengan Neelofa ialah tindakannya untuk tidak bersalam dengan lelaki semasa dalam perjalanan untuk ke pentas.

Maklumlah, Neelofa sekarang sudah pun berhijab. Sekiranya beliau bersalam dengan lelaki yang bukan mahram, mungkin isu ini akan menjadi lebih sensasi dengan tohmahan dan cacian daripada peminat industri hiburan.

3. Pingat pada pakaian Sharnaaz Ahmad mengundang kontroversi

Image via ohbulan.com

Ada pihak yang tersinggung dengan pakaian yang dikenakan Sharnaaz Ahmad pada malam anugerah. Bukan kerana pakaian tetapi lebih kepada pingat yang dipakai pada bahagian dada kanan.

Difahamkan, rupa bentuk pingat tersebut menyerupai salah satu pingat tertinggi bagi perkhidmatan cemerlang dan kelakuan terpuji. Pingat itu juga dikatakan hanya dikurniakan kepada anggota tentera dan semua pasukan perkhidmatan beruniform di Malaysia.

Sharnaaz bagaimanapun melalui post terbarunya di Instagram telah pun memohon maaf kepada pihak yang berkenaan sekiranya fesyen yang digayakan mengundang kemarahan. Selepas ini Sharnaaz perlu lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian.

4. Teraju utama drama Teman Lelaki Upahan tetap bersama walaupun Siti Elizad hampir menamatkan zaman bujang

Drama Teman Lelaki Upahan sudah melabuhkan tirai beberapa minggu lalu tetapi masih hangat diperkatakan orang ramai. Lebih-lebih lagi kerana pasangannya, Siti Elizad dan Ungku Ismail Aziz tampak sangat secocok.

Semasa majlis, kedua-dua mereka dilihat masih lagi berkepit. Mungkin ramai yang tak perasan atau tidak tahu tetapi Siti Elizad sebenarnya bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang jejaka lain. Apa-apa pun, orang ramai memang sangat suka melihat mereka berdua bersama pada malam ABPBH.

5. Laungan "Gemuk is awesome!" dari Abam Bocey

Image via SAYS.com

Siapa sangka Abam Bocey berjaya mengalahkan barisan pelawak popular lain seperti Achey, Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu dan Zizan Razak dalam kategori Artis Komedi Lelaki Popular. Tahniah diucapkan kepada Abam.

Dengan raut wajahnya yang hampir menitiskan air mata, Abam berjaya menarik perhatian dan membuat orang terharu dengan jeritan "Gemuk is awesome!" sebelum mengakhiri ucapan. Ternyata, laungan itu mendapat antara tepukan paling gemuruh sepanjang acara berlangsung.

6. Nyanyian dan pakaian sopan Elizabeth Tan

Nama Elizabeth Tan semakin hari semakin mencanak naik dalam industri hiburan tanah air. Beliau merupakan salah seorang penyanyi yang membuat persembahan pada malam ABPBH.

Kemunculan Elizabeth Tan dalam acara ini berjaya menjadikannya salah satu perkara yang hangat diperkatakan. Namanya juga didapati mendapat kedudukan 'top 10' dalam 'Malaysia Trends' di Twitter.

'Dress' merah yang dikenakan penyanyi berusia 22 tahun ini turut mendapat pujian kerana tampak sopan, tidak terdedah dan tidak seksi. Apa pendapat anda?


Lihat juga rangkuman SAYS SEISMIK untuk #AJL29 Januari lalu:

You may be interested in: