seismik

9 Teknik Kiub Ais Unik Yang Anda Patut Cuba Kalau Boleh Tahan 'Brain Freeze'

Amat menarik dan menyegarkan!

Cover image via bridebird.com

Kalau anda rasa betapa panasnya cuaca di Malaysia...

Image via odditymall.com

Dan inginkan minuman sejuk beku yang ultra segar...

Image via amazonaws.com

Cuba buat minuman bersertakan kiub ais yang unik seperti di bawah:

1. Kiub ais glitter

Image via saltypepper.com

Kiub ais ini memang sesuai untuk majlis hari jadi, lagi-lagi kalau majlis hari jadi itu bertemakan "princess". Ya lah. Tema yang sangat biasa bagi kanak-kanak perempuan.

Gula glitter selalunya digunakan untuk menghias kek. Jika anda tak jumpa atau tak tahu di mana untuk beli gula glitter, jangan risau. Anda boleh gantikan dengan gula glitter buatan sendiri.

Anda hanya perlukan dua bahan iaitu gula kasar dan pewarna makanan.

Cara-cara untuk membuat gula glitter:

1. Panaskan ketuhar kepada 180ºC.

2. Bahagikan gula ke dalam 3-4 mangkuk yang berbeza.

3. Masukkan 1/2 sudu besar pewarna makan pilihan anda ke dalam salah satu mangkuk berisi gula. Kemudian gaulkan sehingga meliputi keseluruhan gula. Ulang langkah ini untuk gula di dalam mangkuk lain dengan warna yang berbeza.

4. Ratakan kertas pembakar ke atas dulang. Selepas itu, ratakan gula berwarna ke atas dulang tersebut.

5. Masukkan dulang ke dalam ketuhar dan bakar selama 8-10 minit, bergantung kepada jenis gula. Jika gula mula kelihatan seperti kristal atau mula cair, keluarkan dulang daripada ketuhar.

6. Biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Cara-cara membuat kiub ais glitter:

Bekukan ais di dalam acuan ais. Setelah ais telah beku, taburkan gula glitter ke atas air tersebut. JANGAN TAMBAH AIR. Kemudian, masukkan semula acuan ais untuk dibekukan lagi sekali.

Apabila anda masukkan minuman ke dalam gelas berisi kiub ais glitter, minuman anda akan nampak seperti bekilauan.

2. Kiub ais Coca-cola

Anda tak suka coke anda jadi tawar apabila ais cair? Apa kata guna ais coca-cola.

Anda hanya perlu tuang minuman coke ke dalam acuan ais dan biarkan beku. Masukkan beberapa ketul ais coca-cola ke dalam cawan, tambahkan air coke dan nikmati minuman anda!

3. Ketulan anggur beku

Untuk minuman buah-buahan, anda boleh mencuba anggur beku sebagai ganti kepada ais. Pastikan anda menggunakan anggur tanpa biji. Selain anggur, anda juga boleh menggunakan beri seperti blueberry, kranberi atau ceri.

4. Kiub ais kelapa

Antara air yang dicari sewaktu cuaca panas adalah air kelapa. Kalau dapat minum air kelapa dengan ais kelapa, lagi sedap.

Sama seperti coca-cola, anda hanya perlu bekukan beberapa ketul ais kelapa dalam acuan dan nikmati air kelapa anda bersama ais kelapa.

5. Lemon beku

Anda gemarkan iced lemon tea? Apa kata anda naik tarafkan minuman iced lemon tea anda dengan ais lemon? Tak perlu lagi gunakan ais biasa.

Untuk membuat ais lemon, gunakan acuan cake cawan untuk bekukan lemon.

6. Kiub ais bunga

Image via pinterest.com

Tahukah anda bahawa ada sesetengah bunga boleh dimakan? Contohnya seperti bunga ros, chamomile dan chrysanthemum. Pastikan anda hanya menggunakan **jenis bunga yang boleh dimakan*.

Untuk mendapatkan ais yang jernih, didihkan air untuk 2-3minit dan kemuadian, biarkan sejuk. Selepas itu, masukkan kelopak bunga kecil ke dalam acuan ais diikuti dengan air dan bekukan.

7. Kiub ais pudina

Jika dapat minuman berais, memang sangat menyegarkan. Lebih menyegarkan lagi jika anda minum minuman bersertakan ais pudina.

Ais pudina boleh ditambah ke dalam minuman seperti minuman ringan berperisa limau.

8. Ais kopi untuk kopi susu ais

Penggemar kopi boleh cuba ini. Tidak akan wujud lagi kopi ais tawar disebabkan oleh ais biasa.

Hanya masukkan ais kopi dan susu ke dalam gelas, biarkan cair sedikit dan minum!

9. Ais krim untuk milkshake

Image via dreyers.com

Ingin buat milkshake di rumah tetapi tak pasti bagaimana? Anda boleh cuba gunakan kiub ais krim.

Selamat mencuba!

Image via giphy.com

Inginkan sesuatu yang lebih sejuk dan unik? KLIK SINI:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: