seismik

9 Ringkasan Penting Tentang Kisah Dua Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Video ISIS

Dua rakyat Malaysia yang kini menyertai ISIS dikesan berada di tempat di mana seorang tahanan dipenggal di Raqqa, Syria.

Cover image via thestar.com.my

1. Polis mengenal pasti dua lelaki di dalam sebuah klip video kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) baru-baru ini sebagai rakyat Malaysia

Dua rakyat Malaysia dipercayai terlibat dalam video ISIS.

Image via thestar.com.my

2. Mereka adalah Mohd Faris Anuar, 20, dari Kedah dan Muhamad Wanndy Muhamad Jedi, 26, dari Melaka

Muhamad Wanndy (kiri) dan Mohd Faris.

Image via thestar.com.my

Individu yang merekod video berkenaan berumur 20 tahun berasal dari Gurun, Kedah dan telah ke Syria pada 23 September lepas, manakala individu yang berada di sebelah mayat yang disembelih itu berasal dari Durian Tunggal, Melaka dan telah ke Syria pada 26 Januari lepas.

freemalaysiatoday.com

3. Kedua-dua mereka dipercayai anggota sebuah kumpulan militan baru disertai rakyat Malaysia dan Indonesia, - Majmu'ah al Arkhabiliy

Image via panjimas.com

Majmu'ah al Arkhabiliy merupakan kumpulan yang menggantikan sayap lama bernama Katibah Nusantara Lid Daulah Islamiah di Syria dan Iraq

themalaysianinsider.com

4. "Video ini juga merupakan rakaman video pertama yang kita peroleh dengan menunjukkan kehadiran rakyat Malaysia di lokasi kejadian," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay.

Image via shafaqna.com

5. Video berdurasi 30 saat itu telah dimuat naik pada 22 Februari lalu di Facebook Abu Hamzah Al-Fateh. Muhamad Wanndy dipercayai merupakan pemilik akaun tersebut.

Image via mstar.com.my

Rakaman video itu merekodkan seorang lelaki warga Syria disembelih seorang lelaki Arab kerana didakwa menjadi pengintip kerajaan Syria.

freemalaysiatoday.com

Video tersebut dimuat naik ke Facebook Abu Hamzah Al-Fateh dengan kapsyen: “Ini versi video hukuman bagi sesiapa yang mengkhianati Islam. (Ia) pengajaran untuk semua. Mungkin ada yang kata kejam (tapi) baik baca surah Al Anfal ayat 12 dan Muhammad ayat 4’.

hmetro.com.my

6. Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, surah Al Anfal ayat 12 dan Muhammad ayat 4 di dalam al-Quran tidak pernah menghalalkan orang Islam membunuh sesiapa

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Image via sinarharian.com.my

Dr Abdul Shukor berkata, apa yang dilakukan pengikut ISIS ternyata menyalahi syariat Islam dan maksud sebenar jihad adalah berbeza daripada apa yang sering mereka laungkan.

“Kita tidak boleh menghalalkan darah sesiapa walaupun orang kafir, apatah lagi sesama Islam kecuali atas hak misalnya qisas iaitu jenayah bunuh dibalas dengan bunuh tapi itu bukan seperti mereka lakukan ini,” katanya.

Terjemahan surah Al Anfal ayat 12:

“Ingatlah ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka.”

Antara sebahagian terjemahan surah Muhammad ayat 4:

“Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya.”

hmetro.com.my

7. Bapa kepada Mohd Faris berkata dia langsung tidak tahu mengenai penglibatan anak lelakinya itu menyertai ISIS

Gambar sekadar hiasan.

Image via themalaymailonline.com

Keluarga kepada Mohd. Faris Anuar amat terkejut dengan pendedahan berkenaan. Mereka juga tidak tahu bila Mohd. Faris bertolak ke Syria kerana telah terputus hubungan dengannya yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik sejak penghujung tahun lalu.

“Saya baru tahu apabila melihat berita yang dipaparkan di portal-portal berita mengenai anak saya hari ini. Dia beritahu saya, dia hendak mencari kerja di Pulau Pinang sambil mendalami ilmu agama di sebuah sekolah pondok," kata bapa Faris, Anuar Salleh.

“Tetapi selepas dia ke Pulau Pinang kami tidak dapat menghubungi telefon bimbitnya dan anak saya juga terus menghilangkan diri tanpa sebarang berita."

“Dia tidak ada ramai kawan dan tidak bergaul dengan remaja yang terlibat dalam kegiatan yang tidak elok. Anak saya juga banyak menghabiskan masa di rumah sebab itu saya amat terkejut apabila mendapat tahu mengenai hal ini,” katanya.

utusan.com.my

8. Carian nama Abu Hamzah Al-Fateh oleh pihak SAYS di Facebook tidak menemukan dengan mana-mana individu. Barangkali akaunnya telah dipadamkan?

Image via SAYS.com

9. Dilaporkan, seramai 61 rakyat Malaysia dikesan berada di Syria menyertai ISIS dan daripada jumlah itu seramai 10 orang adalah wanita. Info lanjut DI SINI:

You may be interested in: