seismik

9 Perkara Cliche Yang Sering Berlaku Di Dalam Filem Romantik Melayu

Kami melihat kepada empat filem romantik melayu untuk dibandingkan iaitu 'Manisnya Cinta Di Cappadocia', 'Istanbul Aku Datang', 'Suamiku Encik Perfect 10' dan 'Meniti Cinta Di Starimost'. Walau bagaimanapun, filem-filem ini memang sangat hebat dan unik dengan jalan cerita yang tersendiri.

Cover image via Suamiku Encik Perfect 10

1. Kisah sentiasa bermula dengan watak heroin yang mempunyai masalah ataupun tujuan untuk mendapatkan sesuatu

'Istanbul Aku Datang': Dian pergi ke Istanbul untuk memberi clue kepada teman lelakinya, Azad supaya dia akan melamarnya apabila mereka balik ke Malaysia.

'Suamiku Encik Perfect 10': Aleeya mengandung dan dia mempunyai masalah untuk memberitahu ibunya kerana ia adalah anak luar nikah.

2. Watak hero dan heroin mesti pada mulanya terperangkap dengan satu sama yang lain dan ia menyebabkan mereka sering bergaduh

'Istanbul Aku Datang': Dian dan Harris terpaksa berkongsi apartment kerana Dian telah ditipu oleh seorang lelaki Istanbul yang menyamar sebagai tuan rumah yang disewanya.

'Meniti Cinta Di Starimost': Iman dan Qaseh asyik bergaduh kerana mereka dipaksa untuk berkahwin.

3. Tentu sekali, mereka kemudiannya akan jatuh cinta dan cinta pula seringkali berputik di luar negara

'Manisnya Cinta Di Cappadocia': Nazmi meluahkan rasa cintanya kepada Ifti di Turki.

'Istanbul Aku Datang': Cinta Dian dan Harris berputik di Istanbul.

'Meniti Cinta Di Starimost': Qaseh dan Iman mula bercinta di Bosnia.

4. Apabila semuanya bertukar indah, pasti akan datang masalah yang memisahkan mereka seperti kena perangkap atau kekasih lama datang kembali...

'Suamiku Encik Perfect 10': Zarief diperangkap oleh bekas tunangnya, Azura dengan bantuan Akram .

'Istanbul Aku Datang': Azad minta peluang kedua daripada Dian kerana dia menyesal dengan perbuatannya.

5. ...Kalau ianya adalah kes kena perangkap, mesti watak itu diberi ubat tidur. Kawan kepada antagonis pula akan mengambil gambar tersebut.

'Suamiku Encik Perfect 10': Akram tolong letakkan ubat tidur ke dalam minuman Zarief dan mengambil gambar Azura bersama Zarief.

'Meniti Cinta Di Starimost': Lela meminta tolong kawannya, Sham untuk ambil gambarnya bersama Iman di atas katil.

6. ...Dan jika ianya bekas kekasih datang balik, ia mesti kerana dia menyesal dengan perbuatan dia

'Manisnya Cinta Di Cappadocia': Bakhtiar memujuk Ifti untuk berkahwin dengannya kerana dia menyesal dengan perbuatannya terhadap arwah isterinya dan anak-anaknya.

'Istanbul Aku Datang': Azad beritahu Dian bahawa dia inginkan Dian balik dan rasa kehilangan tanpa Dian di dalam hidupnya.

7. Cara masalah diuraikan adalah dengan pihak ketiga membuat pengakuan bahawa dia dalang atau bersubahat dengan si antagonis

'Suamiku Encik Perfect 10': Akram memberitahu semua orang bahawa dia yang meletakkan ubat tidur ke dalam minuman Zarief dan anak yang dikandungkan Azura adalah anaknya.

'Meniti Cinta Di Starimost': Ibu Iman mengaku bahawa dia merupakan dalang kepada perangkap Iman bersama Lela.

8. Kemudian, apabila masalah besar dah selesai, watak heroin tak pasti siapa pilihan hatinya

Dalam filem 'Istanbul Aku Datang', dan 'Suamiku Encik Perfect 10', kedua-dua heroin susah untuk lupakan cinta lama.

Sementara itu, dalam filem 'Manisnya Cinta Di Cappadocia,', Ifti berada dalam dilema untuk memilih sama ada untuk berkahwin dengan Bakhtiar demi anak-anak buahnya ataupun untuk teruskan cintanya terhadap Nazmi.

9. Akhir sekali, bahagian yang paling cliche pastinya bila heroin pilih hero dan semua orang gembira sehingga akhir hayat

Tahukah anda cinta boleh membantu anda menjadi lebih sihat? Kami pasti doktor anda tak pernah beritahu anda perkara-perkara ini:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: