seismik

85,000 Peminjam PTPTN Tak Boleh Ke Luar Negara Selagi Tak Bayar Hutang

Jangan ditangguh hutang beribu-ribu ringgit kepada kerajaan.

Cover image via themalaymailonline.com

Menurut Perangkaan Terbaru, Seramai Kira-Kira 85,000 Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN Tidak Akan Dapat Lagi Ke Luar Negara

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah antara 701,266 rakyat Malaysia yang disenarai hitam Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini.

themalaysianinsider.com
Image via mstar.com.my

Perangkaan terbaru menunjukkan kira-kira 85,000 peminjam PTPTN yang tidak membayar semula pinjaman mereka tidak akan dapat lagi keluar negara.

informasi.my

“Selagi anda berada di dalam senarai hitam, anda tidak akan dibenarkan melepasi pemeriksaan imigresen, meskipun anda mempunyai tiket penerbangan yang sah. Tidak kira sama ada anda merancang untuk meninggalkan negara menerusi kapal terbang, jalan raya, kereta api atau perjalanan laut," kata Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pasport Jabatan Imigresen, Ibrahim Abdullah.

kualalumpurpost.net

Sekatan Juga Dikenakan Terhadap Mereka Yang Diisytihar Bankrap, Tidak Mematuhi Undang-Undang Imigresen Negara Asing, Pesalah Cukai Dan Mereka Yang Mempunyai Isu Tertunggak Dengan KWSP

Setakat 3 September lalu, sekatan ke luar negara yang dilakukan oleh jabatan itu termasuk mereka yang diisytiharkan bankrap. Seramai 277,693 rakyat Malaysia disenarai hitam oleh Jabatan Insolvensi.

kualalumpurpost.net

Selain itu, rakyat Malaysia yang tidak mematuhi undang-undang imigresen negara asing seperti tinggal lebih masa atau menyalahgunakan visa perjalanan mereka turut disenarai hitam.

informasi.my

Pesalah cukai yang degil juga menunjukkan jumlah yang ramai dalam senarai hitam perjalanan ke luar negara di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan 135,111 orang.

themalaysianinsider.com

Sekatan yang sama turut dikenakan terhadap mereka yang mempunyai isu tertunggak dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), seperti mereka yang gagal untuk memfailkan potongan KWSP menyaksikan seramai 10.219 rakyat Malaysia dan 532 warga asing disenaraikan mengikut kategori ini.

kualalumpurpost.net

Warganegara Asing Di Malaysia Dan Mereka Yang Pernah Terlibat Dalam Kes Jenayah Turut Disenarai Hitam Dan Tidak Boleh Meninggalkan Negara Ini

Beberapa kategori lain berkaitan jenayah turut disenarai hitam, termasuk mereka di bawah pemerhatian polis (15,699 kes), dakwaan berkaitan dadah (7,673 kes) dan jenayah (5,090 kes).

themalaysianinsider.com

Manakala 133,314 bukan warganegara dihalang daripada meninggalkan negara ini kerana taraf kerakyatan mereka ditarik balik atau permohonan mereka ditolak Jabatan Pendaftaran Negara.

kualalumpurpost.net

Bagaimana Ingin Tahun Jika Seseorang Itu Disenarai Hitam Oleh Jabatan Imigresen? Mudah Saja. Pengguna Hanya Perlu Masukkan Nombor MyKad Di Portal Semakan Status Perjalanan Di http://sspi2.imi.gov.my/.

Menurut Ibrahim, untuk menyemak sekatan ke luar negara, pengguna hanya perlu memasukkan nombor MyKad di portal semakan status perjalanan di http://sspi2.imi.gov.my/.

themalaysianinsider.com

“Jika mereka dikenakan sekatan, mereka perlu tampil sendiri ke bahagian keselamatan dan pasport Imigresen berdekatan, dan mereka akan diberitahu kenapa mereka tidak dibenarkan meninggalkan negara ini."

kualalumpurpost.net

“Ia bagi mengelakkan daripada penyalahgunaan identiti oleh pihak ketiga kerana kita tidak mahu maklumat sulit didedahkan kepada mereka yang menyamar,” kata Ibrahim.

themalaysianinsider.com

Sebelum Ini, Kerajaan Telah Pun Memberitahu Bahawa Mereka Yang Gagal Membayar Hutang PTPTN Selama 20 Bulan Akan Disenarai Hitam

You may be interested in: