seismik

[SHARE] 8 Cara Mudah Pelajar Universiti Boleh Buat Duit Serta Asah Softskill Mereka

Belajarlah cari duit dari sekarang!

Cover image via snfatihah_360 @Instagram

Ada yang berpendapat, sewaktu zaman universiti inilah kita harus mencari pengalaman dengan bekerja sambilan. Namun, ada juga yang beranggapan, sewaktu zaman universiti kita hanya perlu fokus pada pelajaran.

Tetapi setelah kami membaca post saudara Muhammad Kasyfi di laman Facebook ini, kami berpendapat bahawa kerja sambilan sewaktu belajar memang menguntungkan. Bukan itu sahaja, ia juga dapat membantu anda mengasah softskills yang sedia ada.

BACA SAMPAI HABIS:

Ada member tanya, macam mana nak buat duit waktu study tanpa kerja bawah orang. Dan alang-alang sekarang musim budak budak baru daftar uni, nah panduan untuk tidak hidup papa kedana.

Aku tahu zaman sekarang student ramai dah masuk dalam bidang bisnes, dropship yang lagi senang. Tapi apa yang aku share bawah ni lebih kepada nak asah skill in real life dan softskill membuat jaringan dengan masyarakat.

Bagi aku lah, rezeki tuhan luas dan senang sangat nak cari. Mau atau tak mau ja bergantung kepada diri kita sendiri. Sini aku lampirkan option untuk cari duit poket kalau hang ada komitmen lain (masih belajar). Mungkin ada yang dah tau lantak kau lah. Aku nak share dekat yang tak tau.

1. Servis hantar pergi balik kampus dan runner

Gambar sekadar hiasan.

Image via www.rboradphotography.com

Benda ni applicable jika hang ada kereta sendiri. Aset yang paling power sebagai seorang student. Dah alang-alang setiap hari akan ke kelas, iklankan kepada siswa-siswa lain yang hang ada buat servis hantar ke kampus balik ke hostel/rumah sewa. Bayaran per ride dan cuba letakkan fixed amount.

Misal kata dari rumah aku ke kampus dalam 5km. Dan aku akan melalui dua buah perumahan student dalam perjalanan ke kelas setiap hari. Setiap hari akan ada student lain yang nak tumpang dan aku ambil caj RM5 per ride. Dekat situ dah cut perbelanjaan minyak hari-hari ke kelas. Dan pada masa yang sama hang ada peluang untuk bina jaringan - tak kisahlah jaringan kawan baru mahupun jaringan bakal bini..hm.

Anggaran untung - RM50 sehari kalau minima 6 trip.

Cara kedua - ambil upah runner barang dapur atau barang keperluan. Bila alang2 hang singgah supermarket, iklankan kepada member2 student apa benda nak beli. Yang paling dapat sambutan adalah mineral water satu karton. Hang ambiklah sikit upah per item dalam seringgit dua. Orang pemalas nak pergi tu mesti tak kisah punya. Kalau 10 karton hang dah dapat 20 ringgit sekali pergi.

2. Bisnes servis makanan

Gambar sekadar hiasan.

Image via www.foodnetwork.com

Nature student ni perangai depa kuat melantak. Letaklah bijih timah dalam nasik pun mungkin depa akan buat lauk (gurau-kang ada pembaris pergi letak betul-betul). Kat sini hang akan ada peluang yang besar. Salah satunya, beli mikrowave sendiri (ini aset). Takat rm250 dah boleh dapat sebijik yang ok. Dengan oven ni macam-macam benda boleh buat. Daripada roti, lasagna, kebab, piza sampailah ke kek.

Buat. Kalau tak reti bake atau masak boleh praktis. Alah takat shawarma tu apalah yang susah sangat. Alasan takda resepi? Tu hang pi scroll fesbuk belungguk resepi2 aneh dan power. Letak dekat cafe atau surau. Komfem licin pelahap semua tu habiskan. Anggaran untung- RM50 sehari.

3. Bercucuk tanam

Gambar sekadar hiasan.

Image via ezznzze.blogspot.my

Kalau rumah sewa ada tanah, tanamlah sayur atau apa-apa yang berbakti kepada tanah. Misal kata sayur, dah kelia hang pi pasar tani hujung minggu jual. Redah je mampus pi orang nak cakap apa.

4. Tukang kebun & tukang kemas

Gambar sekadar hiasan.

Image via www.fast-landscape-gardening.co.uk

Sewa tukang kebun kampus kau punya mesin rumput (kautim dengan dia), pergi ambil upah bersihkan laman jiran tu. Dah alang2 laman rumah dia macam reban, offer dia untuk clearkan laman.

Dua - pergi cakap ke jiran tu yang hang offer servis kemas-mop-cuci rumah time weekend. Daripada habis masa weekend dengan dota je ye dok? Jiran tu mesti mau punyalah sebab kesian dekat hang, takpun dia pemalas nak kemas rumah sendiri macam aku. Upah boleh ambik bergantung pada besar rumah. Sehari boleh jejak seratus dua kalau hang power mengayat.

5. Ambil upah menjahit

Gambar sekadar hiasan.

Image via jahitpukal.blogspot.my

Hang terer menjahit? Power. Ambil upah jahit tepi waktu weekend pun hang dah boleh hidup senang tak harapkan megi buat alas perut.

6. Guna 'kuasa mistik'

Gambar sekadar hiasan.

Image via sharinginfoz.blogspot.my

Student ni ada satu power yang mistik. Iyelah nama pun student, maka kat situ depa simpati kat hang. Dan hang ada peluang jual servis dengan senang hati. Tak kira lah servis tolong cuci kereta luar dalam ke, servis tolong abang kakak yang tengah kusut FYP tu ke, kalau hang power design, buat service design2 event atau logo (ini aku cakap memang masyuk). Buatlah servis apa pun, asalkan bukan servis jual badan dan servis kunyit.

7. Private tutor

Gambar sekadar hiasan.

Image via www.tutorkami.com

UPSR-PT3-SPM-STPM private tutor. Kalau hang tu power arab, boleh buat totor untuk STAM, takpun kalau power ngaji boleh ajar makcik-makcik baca quran malam-malam atau weekend. Upah ambik ikhlas hati pon boleh. Jangan berkira upah sebab hang kongsi ilmu. Tu upah dekat akhirat lagi banyak Tuhan bagi. Allahu...

8. Pandai-pandailah

Pandai-pandailah hang tambah sendiri. Takkan semua benda nak kena ajar. Loloskan diri anda daripada bergantung kepada duit pt atau mara. Setakat elaun sebulan RM600 tu apalah sangat. Bukan banyak mana pun.

Sebenarnya, kalau anda nak tahu, ada satu laman web yang boleh membantu anda mendapatkan duit sampingan dengan cara hanya 'Share' artikel menarik yang dipanggil 8Coin

Image via 8Coin

8coin (dahulunya 8Share) adalah platform ganjaran sehenti Malaysia untuk pengguna media sosial yang suka mendapatkan barangan percuma, dan memperoleh wang tambahan setiap bulan.

Image via 8Coin

Caranya cukup mudah dengan hanya kongsikan artikel menarik yang disediakan di sana. Setiap klik pada artikel yang dikongsikan akan memberikan coin atau kredit kepada anda.

Maklumat lanjut sila layari 8coin.my.

Image via 8Coin

LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik mengenai pelajar universiti:

You may be interested in: