7 Tawaran Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2024, Selamat Maju Jaya Buat Semua Pemohon!
Jangan lupa apply okay!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 baru saja diumumkan pada Khamis lalu, 24 April 2025
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan membanggakan! Kini tiba masanya untuk anda melangkah ke alam universiti pula.
Terdapat banyak bantuan biasiswa yang ditawarkan kepada lepasan SPM 2024 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi sama ada dalam atau luar negara.
Berikut di bawah adalah tujuh tawaran biasiswa yang masih dibuka untuk permohonan:
2. Biasiswa Bank Negara Malaysia (Kijang Scholarship)
Bank Negara menawarkan biasiswa dalam bidang ekonomi, kewangan dan aktuari bagi peringkat SPM. Permohonan dalam talian dibuka mulai 21 April 2025 sehingga 4 Mei 2025.
Klik sini untuk mohon biasiswa anda.
3. Biasiswa Khazanah Global & Watan
Yayasan Khazanah menawarkan biasiswa dalam semua bidang bagi peringkat SPM, ijazah, sarjana dan PhD. Permohonan dalam talian dibuka mulai 3 Mac 2025 sehingga 6 Mei 2025.
Klik sini untuk mohon biasiswa anda.
5. Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia
Yayasan Telekom Malaysia menawarkan biasiswa dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM. Permohonan dalam talian kini dibuka sehingga 5 Mei 2025 bagi program luar negara dan 7 Mei 2025 bagi program dalam negara.
Klik sini untuk mohon biasiswa anda.
7. Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN)
Yayasan Tenaga Nasional menawarkan biasiswa dalam bidang Kejuruteraan Elektrik / Mekanikal bagi peringkat SPM. Permohonan dalam talian kini dibuka sehingga 24 April 2025 sehingga 8 Mei 2025.
Klik sini untuk mohon biasiswa anda.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!