seismik

7 Pelajar UPM Dipaksa Lakukan Aksi Lucah Oleh Pelajar Senior

Sesi 'ragging' oleh pelajar senior ke atas pelajar junior dikatakan telah melampaui batas.

Cover image via blogspot.com

Pada 29 Mei 2014, 7 Pelajar Baru UPM Di'ragging' Oleh Beberapa Pelajar Senior Dan Disuruh Untuk Melakukan Perkara Tidak Senonoh Di Hadapan Mereka

Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

Image via upm.edu.my

7 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dakwa di 'ragging' oleh 10 orang pelajar senior sehingga menjatuhkan maruah mereka dengan melakukan perkara yang tidak senonoh di hostel universiti.

blogspot.com

Menurut Timbalan Ketua Pemuda MIC, R. Thinalan, kejadian berlaku pada tengah malam sehingga jam 4 pagi pada 29 Mei 2014 lalu.

blogspot.com

Selain Dipaksa Untuk Memakai Seluar Dalam Sahaja, Mereka Turut Dipaksa Untuk Menyentuh Alat Sulit Dan Puting Antara Satu Sama Lain, Menari Serta Merokok

Dalam kejadian itu, tujuh pelajar malang tersebut dipaksa berbogel dan hanya memakai seluar dalam sementara pelajar senior terbabit merakam gambar mereka menggunakan telefon bimbit.

katakcomel.my

Tidak cukup dengan itu, mereka juga dipaksa menyentuh alat sulit dan puting antara satu sama lain sambil menari mengikut rentak muzik yang dimainkan.

blogspot.com

Lebih teruk lagi, mereka dipaksa merokok dan jika ingkar dengan arahan tersebut, mereka akan dikenakan tindakan oleh pelajar senior berkenaan.

blogspot.com

Keesokan Harinya, Mereka Membuat Laporan Polis Mengenai Kejadian Tersebut Di Balai Polis Serdang

Mereka kemudiannya bertindak melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis di Balai Polis Serdang pada keesokan harinya atas layanan keji yang diterima.

katakcomel.my

7 pelajar yang dibuli membuat laporan di balai polis Serdang pada 30 Mei 2014.

Image via imgur.com

"Ibu bapa telah diberitahu oleh anak-anak mereka bahawa mereka mengalami trauma berikutan insiden keseluruhan."

thestar.com.my

"Pelajar-pelajar tidak dapat menghadiri kelas kerana penyeksaan yang dilakukan ke atas mereka dan mereka takut mereka akan menjadi sasaran pelajar senior jika pihak pengurusan UPM tidak mengambil tindakan," kata Thinalan.

thestar.com.my

Dalam Pada Itu, 10 Pelajar Senior Terbabit Mengaku Melakukan 'Ragging' Ke Atas 7 Pelajar Berkenaan Namun Menafikan Mereka Melampaui Batas

"Saya ada bercakap dengan pelajar senior itu dan mereka mengaku melakukan ragging tetapi mereka mendakwa mereka tidak pernah melampaui batas dengan memaksa pelajar-pelajar junior itu untuk melakukan aksi lucah," jelas Thinalan.

thestar.com.my

Timbalan Ketua Pemuda MIC, R. Thinalan.

Image via imgur.com

Thinalan berkata ibu bapa pelajar yang dibuli itu mahu beliau menyelesaikan perkara tersebut secara baik tanpa menggantung pelajar senior terbabit kerana mereka akan menduduki peperiksaan utama tidak lama lagi.

thestar.com.my

"Mereka sanggup memaafkan dan melupakan segalanya selepas pelajar senior terbabit bertaubat atas tindakan mereka. Pemuda MIC akan menguruskan pertemuan bersama seorang ibu bapa bagi menutup kes ini, "tambahnya lagi.

thestar.com.my

JUGA DI SAYS: Aktiviti Seksual Remaja Malaysia Meningkat 9 Kali Ganda Dalam 18 Tahun

You may be interested in: