seismik

7 Fakta Menarik Tentang Gajah Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Kalau anda nak tahu, gajah adalah haiwan darat terbesar di planet ini.

Cover image via RRI

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, satu Malaysia berduka selepas insiden seekor anak gajah mati dirempuh lori pada sambutan Hari Ibu

Reaksi ibu gajah yang meratapi kematian anaknya telah meninggalkan kesan mendalam serta menyentuh hati orang ramai terutama mereka yang bergelar ibu.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa fakta mengenai gajah yang anda perlu tahu, atau mungkin anda belum tahu.

Image via Harian Metro

1. Ingatan gajah yang luar biasa

Tahukah anda, gajah adalah haiwan yang mempunyai ingatan luar biasa. Menurut laporan Elephant Freedom, gajah boleh mengingati orang, tempat dan pengalaman sepanjang hayat mereka.

Contohnya, gajah boleh mengingati peristiwa yang menimpa mereka pada masa lalu, walaupun selepas bertahun-tahun. Apa yang paling menarik, mereka boleh mengingati lokasi sebenar aktiviti biasa, seperti tempat sumber makanan dan tempat kemalangan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via BH Online

2. Cara gajah bersosial

Gajah adalah haiwan terkenal dengan makluk bersosial dan hidup dalam berkumpulan. Menurut sumber, sesetengah spesies boleh terdiri daripada 4 hingga 100 ekor gajah.

Mereka bekerjasama untuk mencari makanan, mempertahankan satu sama lain daripada pemangsa, dan saling membantu semasa dalam kesusahan. Gajah juga meluangkan masa dengan melakukan aktiviti menyeronokkan bersama seperti mengejar antara satu sama lain, bermain dengan objek, mandi lumpur dan macam-macam lagi.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tribun Batam

3. Bagaimana gajah berkomunikasi?

Gajah berkomunikasi melalui bau, pelbagai penyuaraan, gerak isyarat dan postur fizikal. Mereka boleh memberi amaran kepada gajah lain sekiranya berlaku situasi bahaya atau bunyi gemuruh dengan cara mengepakkan telinga, mengangkat satu atau kedua-dua kaki depan dari tanah, atau menjangkau belalainya untuk menyentuh gajah yang lain.

Selain itu, gajah juga boleh menghasilkan bau yang dikenali sebagai 'wallows' untuk berkomunikasi antara satu sama lain tentang kehadiran orang lain di sesuatu kawasan itu.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Rakyat Post Jakarta

4. Tempoh kehamilan gajah

Gajah mempunyai tempoh kehamilan yang sangat lama iaitu 22 bulan. Ia sekali gus menjadikannya mamalia yang paling lama mengandung berbanding mamalia darat lain. Lama tu, hampir dua tahun!

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bobo.id

5. Betul ke gajah boleh berenang?

Mesti anda tidak pernah terfikir yang gajah boleh berenang bukan? Iyalah, dengan bentuk badan mereka yang berat boleh mencecah antara 2,000 dan 6,000kg itu, mana mungkin gajah boleh apungkan badan.

Tetapi, ternyata gajah adalah perenang yang hebat tau! Apa yang paling mengagumkan adalah mereka menggunakan keempat-empat kaki semasa berada di dalam air. Belalai mereka juga memainkan peranan untuk kestabilan, keseimbangan, dan juga keupayaan bernafas.

Gambar sekadar hiasan.

Image via CRI

6. Cara gajah sejukkan badan

Gajah mempunyai cara menyejukkan badan yang unik. Menurut sumber, mereka akan menyedut air ke dalam belalai dan menyemburkannya ke atas badan mereka. Disebabkan gajah adalah haiwan yang bersaiz besar, mereka cepat menjadi panas.

Selain itu, lumpur juga boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit mereka. Gajah boleh menahan nafas di bawah air dan mungkin menenggelamkan diri sepenuhnya untuk mengekalkan suhu badan mereka rendah.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pngtree

7. Bagaimana gajah berduka?

Gajah juga sama seperti manusia, mereka boleh bersedih jika ada ahli kumpulan mereka yang mati. Disebabkan itulah, peristiwa anak gajah mati dirempuh lori memberi kesan yang sangat dalam kepada orang ramai kerana ibu gajah itu meratapi anaknya.

Gajah mempunyai keupayaan untuk mengingati individu dalam kumpulan mereka, dan akan mengingati kenangan dengan orang tersayang sampai bila-bila.

Gambar sekadar hiasan.

Image via mStar

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: