[VIDEO] 7-Eleven Di Jepun Benarkan Rakyat Malaysia Withdraw Duit Pakai Kad Maybank & CIMB
Fuh, nasib baik ada setting Bahasa Melayu, duit-duit ni tak boleh silap.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rakyat Malaysia di Jepun boleh mengeluarkan duit dengan mudah apabila kedai 7-Eleven di sana menyediakan mesin ATM yang membenarkan pengeluaran duit menggunakan kad Maybank atau CIMB
Menerusi video perkongsian @fujiyamatour di Instagram, pengguna boleh mengeluarkan duit dengan mudah menggunakan kad debit VISA Maybank atau CIMB sama seperti di Malaysia.
"Tahukah anda boleh withdraw yen di semua ATM 7-Eleven di seluruh Jepun dengan menggunakan kad Maybank atau CIMB anda.
"Apa anda perlukan hanyalah setting Overseas Withdraw sahaja sebelum menggunakannya," tulis akaun itu.
Seting Bahasa Melayu turut disertakan
Apa yang menarik adalah pilihan antaramuka berbahasa Melayu juga disediakan untuk mesin ATM di kedai 7-Eleven tersebut.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat paparan untuk memilih bahasa dan salah satunya adalah bahasa Melayu sebaik sahaja kad bank dimasukkan.
Sebaik sahaja duit selesai dikeluarkan, turut kedengaran rakaman suara berbahasa Melayu berterima kasih menggunakan perkhidmatan berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!