5 Telco Beri Pengecualian Bayaran Perkhidmatan Buat Mangsa Kebakaran Di Putra Heights
Inisiatif tersebut dilakukan bagi meringankan beban mangsa kebakaran letupan saluran paip gas di Putra Heights.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bayaran untuk perkhidmatan prabayar dan pascabayar lima syarikat telco akan dikecualikan buat masa ini untuk mangsa kebakaran letupan saluran paip gas di Putra Heights
Menerusi laporan Kosmo!, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah tersebut melibatkan lima syarikat telco utama negara iaitu CelcomDigi, Maxis, TM Unifi, U Mobile dan Yes.
"Kami berharap ia dapat meringankan beban kewangan," katanya.
Menurut Fahmi, dengan matlamat untuk memberi sokongan dan bantuan kepada mangsa keputusan telah dibuat di peringkat Kementerian menerusi syarikat-syarikat telco berkenaan.
Bantuan lain melibatkan akses internet dan telefon bimbit turut diberi secara percuma
Tambah Fahmi, bantuan lain yang melibatkan aspek perhubungan seperti penggantian peralatan dan kad SIM akan diberi percuma kepada mangsa yang terkesan di samping akses internet 5G disediakan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
"Oleh itu, mangsa yang terjejas boleh hadir ke kaunter bergerak syarikat telekomunikasi di PPS, hubungi talian hotline utama syarikat berkaitan, atau hadir ke mana-mana cawangan berdekatan," katanya.
Beliau turut memberitahu bentuk bantuan akan disesuaikan mengikut keperluan dari semasa ke semasa di samping ia ditawarkan berbeza mengikut syarikat, tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!