seismik

5 Educational Channel Di YouTube Yang Bagus & Bermanfaat Untuk Tontonan Si Manja

Antara channel di YouTube yang paling ramai recommend.

Cover image via

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penggunaan gajet atau peranti elektronik kepada kanak-kanak sudah tidak asing lagi pada zaman sekarang

Image via GIPHY

Namun, ibu bapa harus menghadkan masa bermain atau tontonan anak-anak melalui gajet mahu pun televisyen untuk kebaikan mereka juga.

Seeloknya, ibu bapa boleh dedahkan anak-anak dengan educational channel di YouTube sejak mereka kecil untuk membantu perkembangan otak mereka.

Jadi, di sini kami akan senaraikan antara lima educational channel di Youtube yang menarik untuk ibu ayah tonton bersama anak-anak di rumah.

1. Songs for Littles - Toddler Learning Videos

Channel ini popular dengan siri Ms Rachel iaitu cikgu yang akan berinteraksi dengan bayi dengan menyanyikan lagu kanak-kanak dan mengajar pelbagai jenis permainan untuk menggalakkan bayi cepat bercakap. Selain itu, bayi dapat mempelajari cognitive skills dan social emotional growth.

2. MinipangTV

Image via MinipangTV

Terdiri daripada beberapa watak kartun yang comel, channel ini mengajar anak anda pandai sebut warna dengan mudah. Penggunaan visual yang menarik dan berwarna-warni dapat menarik minat bayi untuk terus melihat apa yang diajar dalam tempoh waktu lama.

3. Blippi - Educational Videos for Kids

Image via Blippi

Nak anak pandai cakap English? Anda boleh memasang channel YouTube ini kepada mereka. Antara topik yang boleh dipelajari adalah tentang haiwan, kenderaan, natural world dan macam-macam lagi. Malah, Blippi juga boleh membawa anak-anak explore ke tempat menarik seperti zoo dan muzium.

4. Bing - Bahasa Melayu

Channel ini pula mengajar anak anda untuk fasih berbahasa Melayu. Tidak dinafikan, speaking memang penting. Tapi jangan lupakan bahasa ibunda kita. Jadi, ibu bapa boleh selang-selikan bagi anak tengok channel YouTube yang berbeza setiap hari supaya ilmu yang diperoleh juga sama rata.

5. Numberblocks

Image via Numberblocks

Numberblocks memberi visual yang menarik untuk anak-anak memahami konsep nombor dengan lebih jelas dan seronok. Contohnya, mereka boleh belajar konsep pengiraan gandaan 2, gandaan 10, penambahan dan penolakan dengan cepat. Ini antara channel YouTube untuk anak yang paling mereka teruja nak tengok apabila diberi screen time.

Haa, jadi ibu bapa yang ada anak kecil tu bolehlah tengok sama-sama dengan mereka nanti. Selamat mencuba! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: