seismik

4 Pertuduhan Dibacakan Ke Atas Najib & Diwakili 7 Orang Peguam Di Mahkamah Hari Ini

Najib memasuki kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi dan dikawal ketat oleh pihak polis serta pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Cover image via NST Online

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi berhubung isu SRC Internation Sdn Bhd

Image via NST Online

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, beliau yang memakai kot berwarna biru dikatakan tenang memasuki kandang tertuduh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kira-kira jam 8:30 pagi tadi serta dikawal ketat oleh pasukan polis dan juga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib didakwa berhubung kes pecah amanah bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), SRC International Sdn Bhd. Malah, kes ini merupakan satu lagi sejarah negara yang tercatat apabila buat kali pertamanya, bekas Perdana Menteri ditahan dan dituduh di mahkamah.

Empat pertuduhan dibacakan ke atas Najib iaitu:

Najib didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah serta satu tuduhan rasuah yang membabitkan wang tunai sejumlah RM42 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Untuk tiga tuduhan pecah amanah jenayah pula, Najib yang selaku penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri serta penasihat SRC International Sdn Bhd telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC yang berjumlah sebanyak RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah berjumlah RM42 juta.

Kesalahan tersebut telah dilakukan di Bangunan Ambank Group Jalan Raja Chulan, antara 24 dan 29 Disember 2014. Pertuduhan itu mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta boleh dikenakan hukuman sebat dan denda.

Selain itu, di bawah tuduhan rasuah pula Najib didakwa menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya iaitu wang tunai berjumlah RM42 juta ketika membuat keputusan bagi kerajaan untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) kepada SRC International.

Bagi tuduhan tersebut, Najib didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Perdana Menteri Precint 1, Putrajaya pada 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012 mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Akta 694).

Image via NST Online

Tiada pengakuan direkodkan daripada Najib kerana kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi tidak lama lagi

Image via AFP

Jika disabitkan kesalahan, Najib boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara dan denda lima kali ganda nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Selain itu, tujuh orang peguam bela mewakili Najib ketika di mahkamah hari ini

Tonny Thomas.

Image via NST Online

Najib diwakili oleh barisan tujuh orang peguam bela yang diketuai oleh peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Pasukan pendakwaan yang diketuai Peguam Negara iaitu Tommy Thomas akan dibantu oleh 11 Timbalan Pendakwa Raya dalam prosiding pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Menurut laporan, pasukan peguam bela yang mewakili Najib hari ini adalah:

1. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

2. Harvinderjit Singh

3. Datuk Raj Krishnan

4. Farhan Read

5. Rahmat Hazlan

6. Muhamad Farhan Muhamad Shafee

7. Syahirah Hanapiah

Manakala, ini pula merupakan senarai nama pasukan pendakwaan Najib:

1. Tommy Thomas

2. Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria

3. Manoj Kurup

4. Datuk Shuhaimi Ibrahim

5. Datuk Umar Saifuddin Jaafar

6. Datuk Ishak Mohd Yusof

7. Donald Joseph Franklin

8. Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi

9. Budiman Lutfi Mohamed

10. Sulaiman Kho Kheng Fuei

11. Mohd Ashrof Adrin Kamarul

12. Muhammad Izzat Fauzan

Image via REUTERS

Dua orang anak Najib iaitu Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib dilihat hadir di mahkamah pagi tadi. Namun, kelibat Rosmah langsung tidak kelihatan.

Image via NST Online

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: