seismik

4 Pelatih PLKN Sah Hidap Influenza A H1N1

Influenza A H1N1 kini menular semula dalam kalangan pelatih PLKN selepas beberapa tahun.

Cover image via kosmo.com.my

Seramai 61 Pelatih PLKN Di Kem Dusun Minda Resort, Kuala Nerang Menunjukkan Simptom Influenza A H1N1 Sejak 15 Mei 2014

Jumlah pelatih yang menunjukkan tanda-tanda mempunyai simptom influenza seperti batuk, demam, sakit tekak dan selesema di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Dusun Minda Resort, Kuala Nerang di sini meningkat kepada 61 orang.

kosmo.com.my

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Image via thestar.com.my

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, daripada 61 orang pelatih yang dikuarantin, empat orang didapati dijangkiti virus iinfluenza A H1N1.

yahoo.com

57 pelaith lagi yang mempunyai simptom diasingkan serta dipantau oleh petugas kesihatan.

themalaysianinsider.com

JLKN Kini Mengambil Langkah Berjaga-Jaga Dengan Mengehadkan Aktiviti Luar Pelatih Serta Memberi Penutup Mulut Kepada Setiap Pelatih Di Kem Terbabit

Pintu masuk ke Kem PLKN Dusun Resort dikawal rapi.

Image via imgur.com

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mengambil langkah berjaga-jaga selepas mengenal pasti empat pelatihnya mengalami virus H1N1 di kem Dusun Minda Resort.

sinarharian.com.my

Aktiviti luar pelatih di kem terbabit dihadkan bagi menyekat penularan virus H1N1 di kem itu. "Kami belum memutuskan untuk menutup kem ini selagi tidak menerima sebarang arahan daripada Pejabat Kesihatan Daerah," kata Abdul Hadi.

themalaysianinsider.com

Simptom Influenza A H1N1 Mula Dikenal Pasti Pada 15 Mei Lalu Apabila Pelatih Dibenarkan Pulang Ke Rumah. Namun, Selepas Pulang Ke Kem, Ada Di Antara Mereka Menghadapi Batuk-Batuk, Sakit Tekak Dan Demam.

Abdul Hadi bertanya khabar kepada pelatih wanita yang diasingkan kerana mengalami simptom influenza di Kem PLKN Dusun Minda Resort Kuala Nerang, Kedah.

Image via kosmo.com.my

"Pada 15 Mei lalu pelatih dibenarkan bercuti dan apabila mereka pulang semula ke sini keesokan harinya ada pesakit yang mengadu demam dan tidak sihat."

themalaysianinsider.com

“Bagaimanapun semasa pelatih dibawa ke HKN mereka telah dibenarkan pulang kerana demam mereka tidak begitu serius tetapi pada 17 Mei lalu selepas sampel kahak diambil dan dibawa ke makmal kebangsaan Sungai Buluh mendapati empat pelatih di sini telah menghidapi H1N1,” katanya.

sinarharian.com.my

Walaupun Begitu, Kesemua 61 Pelatih Berkenaan Dilaporkan Stabil

Empat Pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Dusun Minda Resort, Kuala Nerang yang dijangkiti virus H1N1 berada dalam keadaan stabil.

utusan.com.my

Lagi Cerita Mengenai PLKN Di SAYS:

You may be interested in: