39 Pelajar & Kakitangan Sekolah Disahkan Demam, Batuk & Ruam Lepas Balik Dari Kem Di Kedah
Walau bagaimanapun, penyakit berjangkit itu masih belum dikenal pasti.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seramai 39 orang pelajar dan kakitangan sebuah sekolah di Yan, Kedah dilaporkan mengalami jangkitan akibat penularan selepas pulang dari kem
Menurut laporan Sinar Harian, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria berkata, penyakit berjangkit itu, setakat ini, masih belum dikenal pasti.
Difahamkan, seramai 763 orang pelajar termasuk kakitangan yang terlibat dalam aktiviti di kem berkenaan.
"Daripada jumlah itu, seramai 38 pelajar dan kakitangan sekolah terbabit dilapor mengalami simptom demam, batuk dan ruam pada badan selepas menyertai kem di lokasi berkenaan baru-baru ini," katanya.
Difahamkan, pelajar dan kakitangan yang dikesan mengalami jangkitan kini sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dan berada dalam keadaan stabil
Dalam pada itu, beliau meminta agar semua pihak sentiasa peka terhadap langkah pencegahan dan menjaga kebersihan sekitar kediaman serta pusat rekreasi bagi mengelakkan penularan sebarang penyakit berjangkit.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai siasatan mengenai satu kluster penyakit berjangkit dikaitkan dengan sebuah kem di Yan.
Melalui maklumat berkenaan, semua pihak diminta mengambil langkah berjaga-jaga dengan serta-merta sekiranya mengesan pesakit yang mempunyai gejala seperti demam, ruam, gelembung kulit, batuk, selesema, muntah atau cirit-birit.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!