seismik

298 Sekolah Di Petaling, Selangor Kini Diarah Tutup Mulai 12 Hingga 25 Oktober

Merangkumi semua sekolah di Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya.

Cover image via MStar & Astro Awani

Perkara itu diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan media hari ini, 11 Oktober 2020

Menurut laporan, KPM mengambil perhatian berhubung peningkatan kes Covid-19 di daerah Petaling. Daerah ini telah disahkan sebagai zon merah oleh KKM.

Ini melibatkan sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling. Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.

Sekolah yang mempunyai asrama termasuk kolej vokasional juga ditutup. Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang.

Murid yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau yang ingin kekal berada di asrama dan kolej vokasional sepanjang tempoh penutupan sekolah akan berada di bawah penjagaan warden asrama

"Keperluan makan dan minum murid sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah. Dalam tempoh penutupan sekolah ini, pengetua dan guru besar akan memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian guru dan murid," katanya.

Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.

"Bagi kebanyakan sekolah yang kini sedang melaksanakan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekolah yang terlibat dengan penutupan boleh menjadualkan semula peperiksaan ini ke suatu tarikh yang bersesuaian kelak.

"Dalam hal ini, KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara serta sentiasa bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM. Sebarang pemakluman berhubung penutupan sekolah bagi daerah-daerah lain akan dibuat dari masa ke masa," katanya

Disertakan juga di bawah adalah posting yang dimuat naik daripada Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin dan senarai penuh sekolah yang ditutup:

Memandangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan bahawa daerah Petaling, Selangor, telah...

Posted by Dr Radzi Jidin on Sunday, October 11, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel berkaitan Covid-19 hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: