seismik

2 Pelajar Malaysia Berjaya Terpilih & Diterima Masuk Ke Harvard College. Tahniah!

Selamat maju jaya!

Cover image via @lapetitemaligne (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu lagi pencapaian membanggakan buat Malaysia, dua pelajar Malaysia telah diterima masuk ke Kolej Harvard, institut pengajian sarjana muda Universiti Harvard yang berprestij, untuk tahun akademik baharu yang akan tamat pengajian pada 2029

Menurut Kelab Harvard Malaysia, Athena Siow dari Kuala Lumpur merancang melanjutkan pengajian dalam aliran sains data (kerajaan) manakala Namira Lee Tzu dari Kuala Terengganu berhasrat mengambil jurusan sains dan kejuruteraan alam sekitar.

Siow, penerima biasiswa Yayasan UEM, merupakan bekas pelajar Kolej Yayasan Saad, manakala Namira tamat sekolah menengah di SMK Chung Hwa Wei Sin dan merupakan penerima biasiswa Global PNB.

Athena Siow dari Kuala Lumpur merancang melanjutkan pengajian dalam aliran sains data (kerajaan).

Image via @lapetitemaligne (X)

Namira Lee Tzu dari Kuala Terengganu berhasrat mengambil jurusan sains dan kejuruteraan alam sekitar.

Image via @lapetitemaligne (X)

“Kolej Harvard, yang mengekalkan kadar kemasukan pelajar sarjana muda antara yang terendah di dunia, terus mencari pelajar berbakat di seluruh dunia yang menunjukkan komitmen menggunakan sumber sedia ada di sekeliling mereka untuk menyumbang ke arah dunia yang lebih baik.

“Kami sangat berbangga kerana pelajar yang diterima masuk dari Malaysia masih terdiri dalam kalangan pelajar sekolah kerajaan dan semakin ramai daripada latar belakang berpendapatan sederhana di luar wilayah Lembah Klang,” kata presiden kelab itu, Wan Nadiah Wan Abdullah Yaakob.

Masing-masing aktif dalam akademik dan juga aktiviti kokurikulum

Tambah Wan Nadiah, Liow adalah salah seorang daripada dua wakil Malaysia di Persidangan Belia pada COP 2023 yang diadakan di Dubai, dan menjadi antara pejuang keadilan iklim di Malaysia dengan melatih kira-kira 100 gadis melalui program Pandu Puteri.

Beliau turut melatih anak muda Melaka dalam catur secara percuma dan menjadi sukarelawan di sekolah pelarian di kawasan kejiranannya.

Sementara itu, Namira terlibat secara aktif dalam pemuliharaan alam sekitar, yang menjadi faktor kepada pemilihannya menyertai Program Kepimpinan Belia Asia Tenggara tajaan Amerika Syarikat yang diadakan di Illinois dan Washington DC.

Beliau kemudian memperoleh geran dua tahun berturut-turut yang digunakan untuk memulakan projek pemuliharaan penyu dengan pelajar sekolah menengah dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF). Projek ini kemudian diperluas kepada pelajar sebuah sekolah rendah Cina.

Image via googleapis.com

Sebagai rekod, Universiti Harvard yang terletak di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat merupakan salah satu universiti tertua, berprestij, terpilih dan paling kaya di dunia

Universiti ini bukan sahaja menerima kemasukan pelajar dari Amerika Syarikat tetapi turut mengambil kelompok pelajar cemerlang dari seluruh dunia termasuk Malaysia.

Dalam QS World University Rankings 2024 pula, universiti tersebut menduduki kedudukan keempat.

Difahamkan, Malaysia kini mempunyai kurang 15 graduan dari Kolej Harvard.

Apa pun pencapaian yang mereka kecapi ketika ini sudah pastinya membanggakan semua pihak. Tahniah dan semoga maju jaya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: