seismik

Dua Lagi Kes Polio Dikesan Di Sabah. Puncanya, Kanak-Kanak Ini Tidak Divaksin

Tolonglah vaksin anak-anak anda.

Cover image via google & kementeriankesihatan

Pada 8 Disember lalu, Malaysia digemparkan dengan berita kembalinya penyakit polio setelah 19 tahun bebas daripadanya

Penyakit berbahaya itu dikesan di Tuaran, Sabah melibatkan seorang bayi warganegara Malaysia berusia 3 bulan. Selain itu, hasil siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menunjukkan bahawa kanak-kanak di kawasan kejiranan itu tidak menerima suntikan vaksin. 

Kali terakhir penyakit polio dikesan di Malaysia adalah pada tahun 1992 dan negara ini disahkan bebas polio pada tahun 2000.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kementerian Kesihatan Malaysia

Terbaru, KKM mengesahkan terdapat dua lagi kes polio dikesan di Sabah. Ini menjadikan jumlah pesakit polio di negara ini meningkat kepada tiga orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Image via Google

"Hasil daripada tindakan KKM mempergiatkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan, terdapat dua kes acute flaccid paralysis (AFP) baharu yang disyaki polio telah dikesan.

"Sampel najis bagi kedua-dua pesakit ini selanjutnya telah dihantar ke World Health Organization Polio Regional Reference Laboratory (WHO Polio RRL) di Melbourne, Australia untuk ujian pengesahan dan genetic sequencing.

"Pada 9 Januari 2020, isolat virus bagi kedua-dua kes ini telah disahkan positif virus polio oleh WHO Polio RRL," tulis kenyataan tersebut.

Hasil siasatan mendapati kedua-dua pesakit itu bukan warganegara Malaysia dan tidak pernah menerima vaksin

"Seorang kanak-kanak lelaki bukan warganegara berumur 11 tahun yang menetap di Kinabatangan, Sabah. Kanak-kanak ini tidak pernah mendapat sebarang imunisasi.

"Dia mengalami demam pada 17 November 2019 dan telah mendapatkan rawatan di klinik. Pada 1 Disember 2019, dia dimasukkan ke hospital setelah mengadu sakit di bahagian belakang dan tidak boleh berjalan. Pesakit kini boleh berjalan dengan bertongkat.

"Seorang kanak-kanak lelaki bukan warganegara berumur 8 tahun yang menetap di Sandakan, Sabah. Kanak-kanak ini tidak pernah menerima sebarang imunisasi.

"Pada 9 Disember 2019, dia telah mengalami demam dan tiga hari kemudian tidak boleh berjalan. Dia masih dirawat dengan bantuan pernafasan di hospital," tulis kenyataan tersebut. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Pihak KKM kini sedang memantau dengan teliti tentang jangkitan baru penyakit ini di Sabah

"Ujian makmal WHO Polio RRL di Australia juga mendapati bahawa virus polio yang menjangkiti ketiga-tiga kes ini mempunyai perkaitan genetik dengan kes polio di Filipina. Siasatan rapi telah dijalankan bagi mengenal pasti punca jangkitan kedua-dua kes baharu ini sebaik sahaja dikenal pasti sebagai AFP.

"Sehingga kini, seramai 705 orang penduduk di kawasan tempat tinggal kedua-dua kanak-kanak tersebut telah diperiksa dan tiada kes AFP lain yang dikesan. Seramai 65 orang kanak-kanak didapati cicir imunisasi polio dalam kawasan tempat tinggal kes-kes terbabit dan telah diberi suntikan vaksin polio menggunakan vaksin kombinasi lima serangkai (DTaP-IPV//HiB)," tulis kenyataan itu lagi.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Sun Daily

Dalam pada itu, KKM turut menyeru agar masyarakat di Sabah mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

1. Anak-anak berumur bawah lima tahun menerima dua dos vaksin OPV semasa kempen ini dijalankan di daerah masing-masing.

2. Imunisasi rutin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan perlu diteruskan dan diambil mengikut jadual yang ditetapkan.

3. Menjaga kebersihan diri termasuk mandi menggunakan air terawat, cuci tangan selepas ke tandas dan sebelum makan serta sebelum menyediakan makanan untuk kanak-kanak.

4. Menggunakan tandas yang bersih dan sempurna dengan tidak membuang air besar terus ke dalam air/sungai/laut. Lampin pakai buang perlu dibuang di tempat yang sanitari.

5. Jangan mandi dalam sungai atau air yang disyaki terdapat najis manusia di dalamnya dan tidak menggunakan airnya untuk membersihkan peralatan memasak.

6. Sentiasa menjaga kebersihan persekitaran agar makanan dan minuman tidak tercemar dengan najis. Masak makanan dan air ke tahap suhu yang selamat sebelum dimakan. Peralatan makanan dan minuman bayi perlu sentiasa bersih dan dinyahkuman sebelum digunakan

7. Menggalakkan semua kanak-kanak berumur 6 bulan ke bawah diberi susu badan sepenuhnya bagi mengurangkan kemungkinan pencemaran silang ketika penyediaan botol susu.

8. Segera dapatkan rawatan awal di klinik atau hospital berdekatan sekiranya terdapat tanda-tanda dan gejala penyakit polio.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Semoga rakyat dapat mengikuti langkah pencegahan tersebut. Mencegah itu kan lebih baik daripada merawat?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

You may be interested in: