2 Anak Jep Sepahtu Disahkan Autisme Pada Hari Jadinya Ke-40 - "Akanku Jaga Amanah Ini"
Semoga Khidir dan Abu Bakr membesar dengan sihat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelawak, pelakon dan penyampai radio, Jep Sepahtu tidak dapat menahan sebak apabila mendapat tahu dua anaknya disahkan autisme pada hari ulang tahunnya yang ke-40 baru-baru ini
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Jep atau nama sebenarnya, Mohd. Nadzri Zainal Abidin menganggap takdir tersebut sebagai hadiah paling bermakna buat dirinya.
"Harini genap usiaku yang ke 40 tahun. Baru sahaja tadi aku mendapat hadiah yang membuat airmata aku tak berhenti mengalir. Syukur Alhamdulillah diatas pemberian ini.
"Ternyata sangkaan baik ku selama beberapa tahun ini akan terus menjadi sangkaan baik sepanjang hidup. Akan aku jaga amanah ini dengan penuh rasa syukur, cinta, kasih dan sayang. Khidir dan Abu Bakr seindah nama mu," tulisnya.
Perkongsian berita itu mendapat perhatian ramai dan rakan artis turut memberikan kata-kata semangat serta doa buat keluarga mereka
Sebagai info, Jep dan isterinya, Sari Yanti melangsungkan perkahwinan mereka pada 25 Februari 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 7, Muhammad Khidir, 5, dan Abu Bakr, 4.
Sari Yanti juga memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya iaitu Barr Al-Aliy, 15, dan Baasit Al-Haq, 14.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!