seismik

Ayam Masak Merah Meracuni 160 Pelajar Sekolah

Sukar dipercayai apabila 160 orang pelajar sebuah sekolah di Kuala Nerang dilaporkan keracunan makanan.

Cover image via blogspot.com

Seramai 160 Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad Di Kuala Nerang Mengalami Keracunan Makanan

ayam masak merah

Image via blogspot.com

tomyam

Image via panix.com

Seramai 160 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad Kuala Nerang di sini mengalami cirit-birit dan muntah selepas dipercayai makan ayam masak merah dan tomyam di asrama sekolah malam kelmarin (16 Feb 2014).

utusan.com.my

Berita Ini Telah Mendapat Liputan Dari My Metro TV

Unsupported video platform

Menurut Seorang Pelajar, Wan Nur Fatihah Wan Osman, 14, Dia Merasakan Dirinya Terhuyung-Hayang Dan Hampir Pitam

“Saya rasa macam mahu pitam ketika berjalan ke perhimpunan pagi. Mujur seorang guru perasan saya berjalan terhuyung-hayang lalu memegang dan menampar pipi untuk menyedarkan saya. Sejurus itu, saya muntah dengan banyak dan kepala rasa pening.”

hmetro.com.my

Pelajar terbabit dikatakan mula sakit perut sejak malam kelmarin selepas menikmati makan malam ayam masak merah dan tomyam yang disediakan pihak asrama sekolah.

sinarharian.com.my

Bagaimanapun, kira-kira jam 6.30 pagi semalam, perut pelajar tersebut mula memulas dan cirit birit selepas bersarapan bihun goreng.

kartikel.com

Seorang Lagi Pelajar, Yusri Che Mad, 14, Berkata, Dia Mengalami Muntah-Muntah Dan Pening Kepala

Image via foxnews.com

“Beberapa rakan saya perasaan masakan ayam itu seperti tidak elok kerana sudah berwarna kehijau-hijauan, namun tidak menyangka ia boleh menyebabkan saya mengalami keracunan makanan."

hmetro.com.my

“Selain ayam masak merah, saya juga makan tom yam yang disediakan. Badan masih lemah kerana banyak muntah. Mujur pihak sekolah cepat membawa kami ke hospital kalau tidak tak tahu apa akan terjadi,” katanya.

hmetro.com.my

Sementara Itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Ismail Taat Mengesahkan Kejadian Keracunan Makanan Disebabkan Juadah Ayam Masak Merah Dan Tomyam Yang Dihidangkan Di Dewan Makan

Daruk Dr. Ismail Abu Taat (kiri)

Image via theborneopost.com

“Kita percaya mereka terkena keracunan makanan selepas makan malam kelmarin. Setakat ini, 117 pelajar dikejarkan ke HKN manakala 43 lagi pelajar diberikan rawatan di sekolah terbabit,"

kartikel.com

“Beberapa doktor dihantar ke sekolah berkenaan untuk memberikan rawatan, dan pelajar yang serius dibawa ke HKN untuk rawatan lanjut," katanya.

hmetro.com.my

Dewan Makan Sekolah Itu Diarahkan Tutup Selama Dua Minggu Demi Tujuan Pemeriksaan

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad

Image via blogspot.com

Difahamkan, berikutan kejadian itu, dewan makan sekolah tersebut ditutup selama dua minggu untuk tujuan pemeriksaan.

utusan.com.my

Sampel ayam masak merah yang menjadi punca keracunan makanan tersebut juga diambil untuk dianalisis.

hmetro.com.my

Sebelum Ini, Negara Digemparkan Dengan Berita Ayam Masak Merah Di Kenduri Kahwin Dicemari Bakteria Salmonella

You may be interested in: