seismik

"Banyak Pilihan Perisa!" - Ini 12 Kuih Bulan Halal Bestseller Yang Boleh Anda Pesan Online

Makan dengan teh panas, memang ons!

Cover image via @mooncakehalalsyikin (Instagram) , @yum.cha.my (Instagram) , @nissrina.tastyineverybite (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan yang disambut oleh kaum Cina

Perayaan ini disambut dengan perarakan Tanglung pada malam perayaan. Kebiasaannya, perayaan ini akan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 mengikut kalendar Cina, iaitu pada akhir bulan Ogos.

Hidangan istimewa dalam perayaan ini antaranya ialah kuih bulan. Kuih bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, biji teratai dan kadangkala mempunyai kuning telur masin. 

Tengok orang makan kuih bulan, teringin pula kan? Jangan risau, jom tengok list kuih bulan bestseller di bawah. Yang penting halal!

1. yum.cha.my

Image via Ellina/SAYS
Image via Ellina/SAYS

Antara tawaran menarik daripada Yum Cha adalah PSP. Kingyu Mooncake Box dan Cha.Kingyu Box. Kedua-dua set ini mempunyai pelbagai perisa yang unik dan authentic. Rasa manis berlemak yang sedap memang akan buat anda ketagih lagi. Satu box tak cukup!

PSP. Kingyu Mooncake Box - RM169
- Ube Yuri Matcha (Edisi terhad)
- Ube Yama.Imo (Edisi terhad)
- NIKO Ajisai Matcha Pistachio
- NIKO Genmaicha Goma
- NIKO Houjicha Cranberry
- NIKO Yuri Matcha Anko

Cha.Kingyu Box - RM109
- NIKO Ajisai Matcha Pistachio
- NIKO Genmaicha Goma
- NIKO Houjicha Cranberry
- NIKO Yuri Matcha Anko

Untuk 500 sets yang pertama juga dapat potongan harga tau! Dapat free delivery juga untuk area Lembah Klang. Setiap set hadir dengan kotak kayu dengan bungkusan Japan Furoshiki wrapping. 

Klik sini untuk pesan. 

2. UNBOX by Huff and Puff

Image via SAYS
Image via SAYS

Siapa yang tak sukakan packaging yang cantik bukan? Anda akan dapat bakul cantik yang boleh dijadikan hiasan. Dalam set ini, anda akan dapat 3 kuih bulan berperisa. Kuih bulan dari kedai ini mempunyai tekstur yang lembut. 

Set kuih bulan - RM158
- 1 bakul 
- 3 kuih bulan 180g daripada Fai Fong bakery

Klik sini untuk pesan. 

3. Oh Cha Matcha

Image via SAYS
Image via SAYS

Kuih bulan daripada Oh Cha Matcha sangat unik. Bahan seperti snow skin membuatkan kuih bulan menjadi lebih estetik dan cantik. Tekstur snow skin yang lembut memang buat anda rasa nak lagi bila makan.  Kuih bulan mereka juga vegan-friendly!

Set kuih bulan - RM60
– Matcha Mung Bean (Matcha Snow Skin)
– Hojicha Mung Bean (Purple Sweet Potato Snow Skin)
– Genmaicha Mung Bean (Blue Spirulina Snow Skin)
– Matcha Mung Bean (Beetroot Snow Skin)

Klik sini untuk pesan. 

4. Brilliant Luck Giftbox

Image via SAYS
Image via SAYS

Bentuk bulat yang unik semestinya lain daripada yang lain. Terdapat pelbagai perisa yang sedap juga. Yang penting Muslim-friendly dan vegetarian!

Set kuih bulan - RM138
- 7 biji kuih bulan
- 4 bungkusan teh floral

Klik sini untuk pesan. 

5. The King Black Thorn Snow Skin Mooncake

Image via SAYS
Image via SAYS

Set yang sangat eksklusif dan elegan memang menambat hati orang ramai. Lagi-lagi siapa yang hantu durian tu, memang ons teruk! Acuan unik durian hitam itu berisi dengan 100% durian Black Thorn yang segar. Tengok gambar pun dah nampak sedap.

Set kuih bulan - RM158
- 6 biji kuih bulan berperisa Black Thorn snow skin

6. Mooncake halal Syikin

Kalau nak lagi rare, boleh singgah ke laman IG ini. Mooncake Halal Syikin menawarkan pelbagai perisa kuih bulan yang dibuat homemade. Paling bestseller ialah set chocolate filling dengan pilihan dark chocolate, caramel atau chip. Mereka juga menawarkan perisa baru iaitu green tea with dark chocolate. Rasa memang sedap, tambahan lagi bila panaskan 2 minit sebelum makan.

Set biasa - RM30 (6 biji)
- Redbean
- Pandan
- Teratai

Set Salted Eggyolk - RM35 (6 biji)
- Redbean
- Pandan
- Teratai

Set Chocolate Filling - RM 35 (6 biji)
- Chocolate with dark chocolate
- Chocolate with caramel
- Chocolate with chip

Set Cocowa - RM35 (6 biji)
- Chocolate with white chocolate
- Chocolate with Dalgona Cofee
- Green tea with caramel 

Set mix & match - RM37 (6 biji)

Klik sini untuk pesan. 


7. Mimilala

Terdapat pelbagai perisa dan kuih bulan ini boleh tahan selama sebulan jika tidak terdedah. Fresh bake from oven! Kuih bulan homemade ini menjadi kegilaan ramai juga.

Set original - RM30
- 2 biji redbean
- 2 pandan
- 2 dauyong (kacang dhal)

Set eggyolk - RM37
- 2 biji redbean
- 2 pandan
- 2 dauyong (kacang dhal)

Set kuaci (melon/pumpkin) - RM30
- 2 biji redbean
- 2 pandan
- 2 dauyong (kacang dhal)

Klik sini untuk beli. 

8. Sugarpastry.my

Image via SAYS

Famous dengan pelbagai perisa yang unik seperti Biscoff, Milo dan banyak lagi. Tidak dilupakan juga perisa-perisa yang manis dan sedap seperti Pandan Gula Melaka, Blueberry Cheese, Chocolate Ferrero Rocher. Kalau dapat makan memang happy!

Set kuih bulan - RM48 dan ke atas
- 6 perisa kuih bulan (boleh pilih mengikut cita rasa) 

Klik sini untuk pesan. 

9. Nissrina tasty in every bite

Bukan saja menawarkan pelbagai perisa, kuih bulan yang unik seperti perisa Onde-onde edisi terhad juga boleh didapati melalui Nissrina Tasty in every bite. Isi yang padat membuatkan ramai puas hati!

Set kuih bulan - RM36 (6 biji)
- Redbean
- Mungbean
- Redbean eggyolk
- Mungbean eggyolk
- Pandan Melon seed
- Whitebean Pumpkin seed

Klik sini untuk pesan.

10. Violeta kitchen

Kuih bulan biasa kita jumpa warna coklat kan? Haa, kuih bulan dari kedai ini sangat menarik pelbagai warna-warni disediakan! Begitu juga dengan perisa.

Set Basic Flavours - RM12 (4 biji saiz mini)
- Red Bean
- Dauyong (kacang dhal+lotus seed)
- Pandan
- Coffee

Set Special Flavours - RM14 (4 biji saiz mini)
- Chocolate
- Durian
- Cranberry
- Mango

Klik sini untuk pesan.

11. Eatymighty

Selain pesan untuk diri sendiri, anda juga boleh pesan untuk keluarga tersayang. Gift box yang kemas dan menarik boleh dijadikan hadiah. 

Set kuih bulan - RM24 (6 biji saiz mini)
- Pandan
- Pandan Melon 
- Redbean 
- Redbean Melon 
- Mungbean
- Mungbean Melon

Klik sini untuk pesan. 

12. dandeelicious_

Perisa paling unik paling jumpa di kedai ini, mereka tawarkan perisa Chocolate Milktea Tiramisu,White Lotus Biscoff dan Manggo Tanggo bersama cranberries. Yummy!

Sebiji - RM10 hingga RM16

Klik sini untuk pesan.

Kami di SAYS Seismik mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Kuih Bulan kepada kaum Cina khususnya komuniti Tionghua di Malaysia!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: