seismik

10 Tips Yang Membuktikan Ibu Paling Genius Dalam Keluarga

Tidak dapat dinafikan lagi, ibu adalah insan yang paling bijak dalam dunia.

Cover image via food-hacks.wonderhowto.com

Kepada anda yang lupa, hari Ahad ini merupakan Hari Ibu! Jadi, sempena Hari Ibu kali ini, kami senaraikan pesanan dan tips daripada ibu yang pasti akan diingat sampai bila-bila.

1. "Kalau nak pack beg, gulung baju. Jangan lipat. Boleh jimat ruang."

Image via popsugar.com

2. "Kalau nak bekas makanan cepat kering, basuh guna air sejuk. Lepas tu, bilas dengan air panas."

Image via tumblr.com

3. "Kalau nak buang minyak masak, tuang dalam beg plastik, ikat, dan baru buang. Jangan buang dalam sinki. Nanti tersumbat."

Image via youtube.com

4. "Simpan duit dalam buku doa atau yasin. Kalau ada orang nak curi, dia mesti akan rasa bersalah."

Image via twimg.com

5. "Kalau shampoo atau sabun dalam botol nak habis, tambah air. Bila tak ada buih, baru beli yang lain."

Image via wordpress.com

Inilah antara cara ibu ajar kita untuk berjimat.

6. "Jangan buang bekas jem bila dah habis. Nanti boleh digunakan untuk isi rempah ratus."

Image via thekitchn.com

7. "Kalau nak panaskan makanan dalam microwave, masukkan dua bekas sekaligus. Jangan membazirkan elektrik."

8. "Sangkut baju yang perlu diseterika dalam bilik air bila mandi gunakan air panas."

Image via thegrovela.com

9. "Kalau taknak lipas masuk dalam kereta, letak daun pandan."

Image via jewelpie.com

10. "Kalau taknak ada kerak nasi dalam periuk, tutup terus suis lepas nasi dah masak. Jangan biarkan dalam fungsi 'Keep Warm'."

Image via mywapblog.com

Jadi, kami akhiri post ini dengan ucapan SELAMAT HARI IBU!

Image via www.etsy.com

Anda tak pasti apa nak beli untuk ibu anda sempena Hari Ibu? Kami sediakan cadangan DI SINI:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: