seismik

1,000 Penyokong JDT Cetus Provokasi Di Luar Stadium Larkin

Mula-mula penyokong pasukan A serang penyokong pasukan B. Selepas itu, B pula serang A. Dan begitulah seterusnya. Isu tidak akan selesai jika perkara ini berterusan.

Cover image via fbcdn.net

Pada 5 Mei 2014, Penyokong Pasukan JDT Berkumpul Di Luar Stadium Larkin Bagi Mencetus Provokasi Selepas Tamat Perlawanan JDT Menentang Pahang Yang Berakhir Dengan Jaringan 1-1

Pemain JDT I Norshahrul Idlan Talaha dan Pemain Pahang Mohd Saiful Nizam Miswan (no 3) bertengkar.

Image via sinarharian.com.my

Suasana di Stadium Tan Sri Hassan Yunus di sini tegang apabila penyokong Johor Darul Takzim (JDT) mencetuskan provokasi terhadap penyokong Pahang sejurus tamat perlawanan separuh akhir Piala FA, 5 Mei 2014.

bernama.com

Kira-kira 1,000 penyokong tuan rumah berkumpul di pekarangan stadium sejak pukul 11 malam dan enggan bersurai lebih sejam kemudian walaupun diarah pihak polis.

sinarharian.com.my

Mereka Didapati Mengeluarkan Kata-Kata Kesat Terhadap Penyokong Pasukan Pahang

Anggota polis terpaksa berkawal di luar Stadium Larkin berikutan keenganan penyokong Johor Darul Takzim (JDT) bersurai.

Image via utusan.com.my

Mereka menghamburkan kata-kata kesat sambil memaksa penyokong Pahang segera keluar meninggalkan stadium.

utusan.com.my

Perkara itu menyebabkan pemain dan penyokong pasukan pelawat tidak dibenar keluar dari stadium oleh pihak berkuasa bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

bernama.com

Provokasi Berlaku Ekoran Insiden Pada 7 Februari Lepas Di Mana Bas Penyokong JDT Mengalami Kerosakan Di Stadium Darul Makmur, Kuantan

Bas penyokong JDT dibaling batu pada bahagian cermin sehingga retak.

Image via blogspot.com

Difahamkan, tindakan segelintir penyokong JDT itu berpunca daripada rasa tidak puas hati ekoran insiden selepas perlawanan Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 7 Februari lepas.

utusan.com.my

Dalam insiden itu, bas yang membawa penyokong JDT mengalami kerosakan.

bernama.com

Kira-Kira 500 Anggota Polis Dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Terlibat Dalam Meleraikan Ketegangan Kedua-Dua Penyokong

Kira-Kira 500 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat cuba menenangkan keadaan meskipun tidak diendah penyokong terbabit.

bernama.com

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Abdul Samad Salleh berkata, pihaknya berjaya menyuraikan penyokong JDT hampir dua jam selepas tamat perlawanan.

utusan.com.my

Penyokong Dan Pemain Pahang Meninggalkan Stadium Hanya Selepas Semua Penyokong JDT Bersurai

Sejurus selepas semua penyokong JDT bersurai, pemain serta penyokong Pahang dilihat meninggalkan stadium.

sinarharian.com.my

Baru-Baru Ini Juga, Perlawanan Liga Super Antara Perak Dan JDT Pada Malam 15 April Dicemarkan Keganasan Penyokong Selepas Tamat Perlawanan

You may be interested in: